Pages

Saturday, November 14, 2009

Bahaya Godaan Syaitan

Salam'alaik untuk semua saudaraku.Harapan ana, semoga video ini dapat memberi iktibar buat kita semua.Selamat menonton!

Thursday, November 12, 2009

Dah Abes Exam!!!

Salam'alaik buat muslimat dan muslimat..

Alhamdulillah,imtihan nihai'e ana baru habis minggu lepas.5 nov '09,Khamis yang lalu.Ana redha apa jua keputusan pekse yang ana dapat.Sebab,kita dah berusaha dengan sebaik mungkin.Insya-Allah, dapat atau tidak "Dean List" tu ana pasrah.Kalau ditakdirkan ana dapat adalah satu bonus untuk ana.Kalau tak dapat pun kita boleh cuba dan cuba lagi.Pernah sampai satu tahap, ana asyik terfikir belajar ni semata-mata untuk dapatkan "dean list'.Kalau tak dapat ana akan rasa frust giler la..Arghhhh,tidak!!

Alhamdulillah,ana sedar yang tujuan ana belajar selama ni tak letakkan niat kerana Allah.Mungkin disebabkan persekitaran hidup ana dikelilingi dengan orang-orang yang hanya tumpu pada pelajaran untuk dunia semata-mata.Astaghfirullah!!!Rasa diri ni teruk sangat masa tu.Nasib baik ana masih ada lagi sahabat yang dapat bagi kesedaran dan kata2 semangat.

Em,ana tabik dengan ayah ana la.. Sebab walaupun ayah ana letak target yang tinggi pada ana untuk mendapat result yang gempak,tapi ayah ana still bagi kata2 semangat walaupun hakikatnya ana pernah beberapa ketika tak dapat capai target ayah ana tu.Ana rasa agak tension la jugak.Sanggup pula cari kursus,program untuk ana agar sentiasa cemerlang. UHIBBU ABI!!

Tapi semua ni berbalik pada diri kita juga.Setting niat dengan betul.Usaha tu sangat penting untuk mencapai kejayaan.Bagi ana la kan, walau result pekse ana tak sebagus mereka yang dpt dean list ana rasa puas sebab ana percaya pada diri yang ana dah berusaha dengan sebaik mungkin.Siap bole tersenyum lagi.tapi ingat jangan kita ambil mudah setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita.Untuk mencapai kejayaan,perlukan pengorbanan yang besar.

Tak lupa jugak nasihat buat akak ana yang kini berada di perantauan.Waduh!jauh lorh..kepada Akak ku yang di sayangi, jangan selalu tension2.susah dulu yang datang, kesenangan itu akan menyusul bentar lagi.Sape xtension kalau tiap2 hari, tiap2 minggu ada ajer test ataupun exam yang datang kat kita.Mesti xcaye ek ada test hari2, ada la.Dah memang adat belajar.Ana pun pernah menghadapi situasi lebih kurang camni.Insya-Allah, kita akan beroleh kejayaan andai kita berusaha lebih!Paham ngak..fahamkan..

Semoga kalian berjaya mencapai cita-cita dan segala impian.Minta maaf andai coretan kali ini ada menggores ati sesiapa termasuklah akakku.Ana caya akak ana dapat apa yang dia impikan selama ini.Ingat,seharusnya kita yang bergelar mahasiswa/i ini perlu ada matlamat.Kalau takde matlamat,macam mana nak capai impian.Renung-renungkan dan selamat beramal!!

WANITA ABADI DALAM AL-QURAN


Salam wardah wa rahmah buat semua yang menatapi coretan pertama ana ini. Untuk coretan yang pertama ini, ana hamparkan qisah tentang "Wanita Abadi Dalam Al-Quran".Ana ambil qisah ini daripada Al - Quran tafsir ini dibeli oleh akak ana.Istimewanya tafsir ini khas untuk wanita sahaja.Ikuti qisahnya...



Aisyah binti Abu Bakar
Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah daripada golongan kamu (juga). Janganlah kamu mengira berita itu buruk bagi kamu, bahkan itu baik bagi kamu. Setiap orang dari mereka akan mendapat balasan dari dosa yang diperbuatnya. Dan barang siapa diantara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar (dari dosa yang diperbuatnya), dia mendapat azab yang besar (pula).

Mengapa orang-orang mukminin dan mukminat tidak berbaik sangka terhadap diri mereka sendiri, ketika kamu mendengar berita bohong itu dan berkata, “Inilah adalah (suatu berita) bohong yang nyata”.
Mengapa mereka (yang menuduh itu) tidak mendatangkan empat orang saksi? Oleh kerana mereka tidak membawa saksi-saksi, maka mereka itu dalam pandangan Allah adalah orang-orang yang dusta.
Dan sekiranya bukan kurnia Allah dan rahmatNya kepadamu di dunia dan di akhirat, nescaya kamu ditimpa azab yang besar, disebabkan oleh pembicaraan kamu tentang hal itu (berita bohong itu).
(Ingatlah) ketika kamu menerima (berita bohong) itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit pun, dan kamu menganggapnya remeh. Padahal, dalam pandangan Allah itu besar.
Dan mengapa kamu tidak berkata ketika kamu mendengarnya, “Tidak pantas bagi kita membicarakan ini. Maha Suci engkau, ini adalah kebohongan yang besar”.
Allah memperingatkan kamu agar (jangan) kembali mengulangi seperti itu selama-lamanya jika kamu orang yang beriman
(Surah An - Nur: 11 – 17)




Sebab turunnya ayat :
Ulama tafsir dan hadis menyatakan bahawa ayat ini diturunkan berkenaan dengan peristiwa haditsul ifki (berita bohong). Berita bohong itu menyangkut diri Aisyah binti Abu Bakar r.a, isteri Rasulullah s.a.w, Aisyah digosipkan berbuat sesuatu yang tercela kerana beliau pulang menaiki unta yang dituntun oleh lelaki bernama Safwan bin Mu’aththal As – Sulamiy.
Saat itu, Rasulullah s.a.w dan pasukan umat Islam baru selesai berperang dalam suatu peperangan. Rasulullah s.a.w dalam perjalanan itu ditemani Aisyah r.a. Aisyah yang tubuhnya kurus dan ringan dibawa dalam sebuah sekedup oleh beberapa orang. Setelah perang usai, saat pasukan mahu berangkat pulang, Aisyah pergi ke suatu tempat untuk menunaikan hajatnya.
Ketika akan kembali ke rombongan , Aisyah kehilangan kalungnya lalu sibuk mencarinya.
Sementara itu, para petugas yang membawa sekedup Aisyah tidak mengetahui bahawa Aisyah berada di luar sekedup. Mereka menyangka Aisyah masih berada di dalamnya kerana tubuhnya ringan. Akhirnya tertinggallah Aisyah dari rombongan. Setelah menemukan kalungnya, Aisyah kembali ke tempat pemberhentian pasukan, namun tiada seorang pun di situ. Kerana mengantuk, Aisyah tertidur di tempat tersebut. Saat itu hari masih siang.
Beberapa ketika selepas itu, Safwan bin Al – Sulamiy melewati kawasan tersebut. Dia tertinggal dari pasukan kaum muslimin dan hendak menyusul dengan menaiki unta. Safwan pernah melihat Aisyah ketika ayat hijab belum turun. Ketika melihat Aisyah, secara spontan Safwan mengucap “Inna lillahi wa inna ilaihi raji’uun”. Mendengar ucapan itu, Aisyah segera bangun dan menutup wajah dengan jilbabnya. Saat itu, tiada perkataan apa pun yang diucapkan oleh Safwan selain kalimah istrija’ tersebut.
Kemudian Safwan menderumkan unta supaya Aisyah boleh menaiki unta tersebut dan menunggang unta itu. Berangkat pulanglah Aisyah dengan unta yang dituntun oleh Safwan. Akhirnya, mereka dapat menyusul bersama pasukan umat Islam pada siang hari.
Peristiwa inilah dijadikan bahan umpatan orang- orang munafik. Mereka menghasut orang – orang muslim supaya berprasangka buruk terhadap Aisyah. Ada sebahagian orang muslimin percaya akan gosip. Lantas, mereka turut menyebarkan gosip tersebut kepada masyarakat Madinah.
Namun, Aisyah baru sahaja mengetahui tentang gosip dirinya ini walaupun ia telah tersebar lamanya. Aisyah mengetahuinya melalui sahabtanya yang bernama Ummi Misthah binti Atsatsah. Aisyah berasa sungguh sedih dan rasa terpukul dengan gosip tersebut. Hal ini menyebabkan baginda, Rasulullah s.a.w berasa amat sedih dan terganggu. Sayangnya, saat itu wahyu dari Allah yang diharapkan dapat memberi jawapan terhadap persoalan besar ini belum juga turun. Baginda meminta pendapat daripada para sahabat.
Usamah bin Zaid memberikan kesaksian bahawa tidak ada yang dia ketahui daripada keluarga baginda kecuali dengan kebaikan. Sementara itu, Ali bin Abi Thalib menyarankan agar baginda bertanyakan kepada pembantu Aisyah yang bernama Barirah. Barirah menyatakan bahawa Aisyah tidak lebih daripada seorang gadis belia yang amat lugu(bersahaja).

Di hadapan kaum muslimin, Rasulullah menyatakan keresahannya. Baginda juga bertanyakan bukti atas pertuduhan itu. Baginda menyatakan bahawa lelaki yang datang bersama Aisyah itu adalah lelaki yang baik dan tidak pernah menemui Aisyah kecuali bersama dengan baginda sahaja. Saat itulah, Sa’ad bin Mu’adz, sahabat baginda yang merupakan pemuka kaum Aus, menyatakan bahawa beliau akan membantu Rasulullah dalam menghadapi orang – orang yang menuduh itu. Kata Sa’ad bin Mu’adz, “Jika dari kaum Aus, akan kami penggal lehernya. Jika dari kaum Khazraj, berilah perintah agar kami akan laksanakannya”.
Kenyataan ini telah dibantah oleh Sa’ad bin Ubadah, sahabat baginda dan pemuka kaum Khazraj, “Kamu berdusta. Jika ia dari kaummu, kamu tidak akan menbunuhnya”. Lalu, Usaid bin Hidhir anak saudara Sa’ad bin Muadz membalasnya, “Kamu yang berdusta. Sesungguhnya kami akan membunuhnya. Kamu adalah orang munafik yang hendak membela orang munafik”. Akhirnya pertengkaran sengit berlaku diantara para sahabat dan Rasulullah segera meleraikannya.
Sehingga pada suatu hari, Rasulullah berkata kepada Aisyah bahawa baginda memperolehi gosip tentang Aisyah. “Bila engkau bebas, Allah akan menyatakan kebebasanmu. Jika engkau bersalah, mohon ampunlah pada Allah dan bertaubatlah padaNya”.

Betapa sedihnya Aisyah tika mendengarnya. Kemudian Aisyah membela dirinya dengan menyatakan bahawa Allah mengetahui bahawa dirinya tidak melakukannya. Lalu Aisyah meminjam ayat daripada ayahanda Nabi Yusuf dan berkata, ”Kesabaran yang baik itulah (kesabaranku). Dan Allah sahajalah yang dimintai pertolongan terhadap apa yang kalian ceritakan”. (Surah Yusuf:18)
Tidak lama selepas itu, turunlah wahyu daripada Allah yang membebaskan Aisyah dari tuduhan dusta tersebut. “sesungguhnya orang – orang yang membawa berita bohong itulah daripada golongan kamu juga..” (Surah An – Nur:11-17)

KEUTAMAAN AISYAH r.a


Aisyah dikenali sebagai wanita yang gemar bersedekah kepada orang – orang yang fakir dan miskin serta suka menzahirkan nikmat Allah. Beliau juga mampu memberikan khutbah dengan baik dan sangat berkomunikatif, sebagaimana diakui oleh sahabat – sahabat dahulu seperti Ahnaf bin Qaif, Musa bin Thalhah dan Mu’awiyah.

Selain itu, beliau juga dikenali sebagai ahli ilmu syari’at dan tafsir Al – Quran. Aisyah banyak memberikan penjelasan tentang persoalan syari’at yang berkaitan dengan kewanitaan, hubungan suami isteri atau rumahtangga. Beliau juga memmberikan penjelasan tentang tafsir mengenai ayat Al – Quran. Sebagai contoh, Ubaid bin Umar pernah bertanya kepada Aisyah tentang maksud firman Allah dalam Surah Al- Baqarah ayat 225:

Allah tidak akan menghukum kamu disebabkan sumpahmu yang
tidak dimaksud (untuk bersumpah)


Aisyah lalu menjelaskan bahawa yang dimaksudkan dalam ayat tersebut adalah perkataan manusia, “Tidak, demi Allah”, atau “Ya, demi Allah” yang terucap tanpa disengaja dalam hati.

Beliau juga dikenali sebagai perawi hadis. Aisyah meriwayatkan 2210 hadis dari Rasulullah s.a.w, Abu Bakar, Umar bin Khatab, Fatmah Az-zahra, Sa’ad bin Abi Waqqash, Hamzah bin Umarah Al- salami dan Jadzamah binti Wahab. Daripada jumlah itu, sebanyak 27 hadis telah dikemukakan dalam kitab shahihain dan hadis yang kualitinya muttafaq ‘alaih sebanyak 174 hadis.
Rasulullah s.a.w menyatakan, “ Ambillah dua pertiga agama kalian dari Al – Humaira’ (Aisyah)”. Beliau juga menyatakan bahawa,”Keutamaan Aisyah dibandingkan dengan wanita lain adalah seperti keutamaan tsarid (makanan berupa daging dan roti) jika dibandingkan dengan makanan yang lain”. (HR Bukhari dan Muslim dari Anas)
Disamping itu, jika kita menilik kisah haditsul ifki yang menimpa Aisyah, kita dapat merasakan betapa beliau sabar dalam menjalani ujian dari Allah s.w.t.