Pages

Tuesday, March 30, 2010

Puisi Dari 'TEMAN'



Sesungguhnya
Segala pergantungan kita
Hanyalah kepada Allah
Mengadulah kepadaNya
kerna Dia lah sebaik -baik tempat
Untuk kita mengadu
Adulah apa - apa pun tentang
Ujian, masalah bahkan dugaan
Yang perit kalian rasakan kepadaNya
Usah kita bergantung harap pada manusia
Kerna manusia bisa mati dan
Kabur daripada pandangan...


Harapan dan 1000 harapan
Ayuh...
Kita serahkan kepada Allah
Diri hamba bukan niat
Untuk menyakiti mahupun menjauhkan diri
Tetapi diri ini mahu
Mensucikan diri dengan benar - benar
mahu menjadi hambaNya yang redha
Dunia dan akhirat...

Ayuh..
Kita bersama seiring mencari syahid
Di jalanNya..
Salam berjuang untukmu
Wahai insan yang dikasihi Allah...

p/s: puisi ini telah diolah sedikit oleh khawla azwar.Syukran pada TEMAN kerna bisa memberi kata emas ini padaku...

Open Ur Eyes

Monday, March 29, 2010

PERISTIWA ITU...



Jam menunjukkan pukul 7.31 malam. "Adus, gi mana sih!Udah maghrib ni..", omong ana dalam hati sendirian. Mana tak risau, dah maghrib. Pastu ana fiikr camna la nak bawa skuter + basikal yang tOmeh tuh. Hu~~ "Baiklah, kita akhiri mesyuarat kita dengan tasbih kifarah dan surah al - 'asr", kata bos semasa mengakhiri mesyuarat. Lega hati ana.

Masa nak keluar pintu, rasa tak sedap hati. Dup dap dup dap. Dari masa ana sampai mesyuarat sampailah waktu nak balik nih. Macam - macam benda dalam fikiran. Ish, apalah ana fikir bukan - bukan.

Dah sampai kat skuter+basikal yang tOmeh nih, lalu ana pun siap - siap la nak balik. Time fikir balik jer. Masa duduk atas skuter+basikal tOmeh tu ok lagi. Tiba la masa ana nak kona ke tepi...Jeng2...

bOOOm..!

Aiyo..! Tak sangka le ter'pres' kuat - kuat lalu....ana pun melayang. Sedar - sedar dah ada kat tempat lain. (Haha....=P)

Perghhh...Masa tu tak fikir malu pun, ana fikir memang ada sumthing yang akan berlaku. Em, suka sangat ana nih fikir bukan - bukan. Rasanya sebab tu kot ana tak sedap hati masa datang mesyuarat petang tu.

Ana ok je. Malu? No problem beb! Sebab dah biasa bab jatuh - jatuh depan orang (erm,,yeke?)
Ala, baru dua kali jatuh dalam UTM ni.

Nasib baik ada akhawat n sahabat - sahabat tolong. Rasa nak gelak pun ada. Mana taknya, depa nghalit dengan skuter + basikal tOmeh tu. Hilang rasa sakit ana. Kaki memang sakit la. Jalan pun macam orang tempang. Sabar...ada hikmah.

Syukran kepada siapa yang menbantu tolong bawa balik skuter+basikal (2 in 1) tOmeh tu. Syukran juga untuk kak Umi sebab bawa ana balik kolej. Ingat nak bawa sendiri je skuter+basikal tOmeh tu tapi akhawat tak kasi. Hm, betul juga depa tak kasi ana bawa sebab masa tu ana tak ada energy pun.

Dalam perjalanan pulang sampailah masuk bilik, ana muhasabah diri balik sebab musabab yang menimpa diri ana nih.

Mungkin ana tak baca doa kot masa naik kenderaan. Walaupun kita anggap doa tu macam perkara kecilkan tapi itulah perisai kita kalau nak melakukan sesuatu perkara. Ingat, niat nak buat sesuatu perkara yang pertama adalah kerana ALLAh.



Teringat balik peristiwa masa sampai kat tempat mesyuarat.

Masa ana sampai petang tu, kami seronok sangat layan skuter+basikal tOmeh ni. Sampai tak sedar kami ni diperhatikan oleh bos. Kak Umi tiba - tiba baca mesej yang dia dapat, 'Dah2 tu, jangan jadi macam budak - budak. Masuk mesyuarat". Warning daripada bos sebenarnya ni.Sori bos kami masuk mesyuarat lambat.Mungkin la itu sebabnya...

Ana lalai kali ni. Pergi mesyuarat pun dalam keadaan serabut. Ish2x...itulah, lain kali buat persediaan lebih awal ye..Ambillah pengajaran daripada peristiwa itu..

p/s:pasni ana nak pakai topenglah setiap kali pi mesyuarat..=D


Thursday, March 11, 2010

Selagi Hayat Dikandung Badan



Alhamdulillah, rasa syukur yang tidak terhingga kepadaNya kerana hingga kini ana masih diberi peluang untuk menghirup udara di bumi bertuah ini.

Hari ni genap umur ana 20 tahun (200 tahun 1 hari =p). Pejam celik rasa macam tak percaya pun ada sebab dah meninggalkan nombor 19 tu. Rasa cam berat jer.
Tapi rasa macam masa cepat sangat berlalu..Hm, masa nih,tak abes - abes nak cemburu kat ana.

Teringatkan kat ibu ana yang melahirkan ana. Tanpa ibu dan ayah, ana takde kat bumi nih. Pengorbanan yang ibu dan ayah lakukan untuk ana sepanjang ana hidup nih sangat besar hinggakan ana tak cukup jari nak hitung.

Dulu ana sangat nakal. Sampaikan ibu pun dulu tak larat camna nak 'control' kenakalan ana nih. Dulu ana selalu merajuk dan salahkan ibu ayah sebab ana je selalu kena marah. Mana taknya, budak nakal la katakan.

Ada hikmah disebalik amarah ibu dan ayah.Nasihat yang depa bagi tak sia - sia untuk ana. Kalau ana tak dimarah dan dinasihat, rasanya ana takkan berjaya sampai tahap nih.Syukran jazilan walidaini!

Sepanjang 20 tahun nih, banyak benda ana belajar daripada masa kecik sampailah masuk u. Lebih - lebih lagi kefahamn tentang Islam.Indahnya Islam nih! Rasa masyuk! Daripada seorang yang nakal tahap maksima sampailah jad seorang yang berguna. Dulu kita dipimpin, sekarang kita memimpin.

Semua itu ana belajar sepanjang bergelar 'manusia' dalam liku -lku kehidupan nih. Syukran jugak pada cikgu - cikgu yang banyak membimbing ana untuk menjadi seorang yang cekal dan pemimpin di masa akakn datang.

Syukran Jazilan jugak pada sahabatku yang senitasa bersama ketika ana susah dan dikala ana dalam keadaan senang.Moga ukhuwah yang terbina antara kita ini berkekalan hingga ke akhir hayat.

Syukran jugak pada teman - teman yang memberi ucapan sempen ulang tahun kelahiran ana.Moga kalian istiqamah dan thabat dalam apa jua perkara.Tak lupa juga family yang dikasihi.Indahnya hidup ini bersamamu(ibu ayah akk n adik2ku sayang)..

Insha Allah, kita dapat apa yang kita inginkan andai ada usaha.Luangkan masa yang ada denga perkara yang membawa manfaat selagi hayat dikandung badan..

p/s: hp bertalu2 dpt msj wish drpd akk syg n shbt2..hu~

Tuesday, March 2, 2010

Janganlah sedih...


salam...
ari ni rasa sedih jugak.
sayu pun ada...
malam nih kena buat assignment..
this week kena hantar..
huhu~~

pastu..
malam nih dah la ada konsert nasyid
konsert amal..
ana nak pi...
tapi ada komitmen..
tapi xpe..

insha Allah..
mungkin waktu lain ada lagi..
takpe khawla...
buat dulu mana yang awla yer...

nanti search la banyak-banyak
lagu nasyid..
kalau maher zain ada
mesti dah pi konsert dia..
minat lagu dia..
membawa msj kesedaran..
terkesan dihati..

ok, nak siapkan assignment..
kawan2 pn dah mai..
salam