Pages

Friday, May 7, 2010

PEMERGIANKU KE BENGKEL KEMAHIRAN INSANIAH

Alhamdulillah rasa syukur kepada Allah s.w.t atas nikmat dan kurniaNya yang diberikan kepada hamba - hambanya.


Pada pagi yang hening dalam pejabat MPMUTM nih, sempat lagi jari - jemari ini pantas menaip kalam sebelum pergi meninggalkan bumi UTM nih. Jam 9.30 a.m, insha Allah ana dan beberapa orang lagi sahabat MPMUTM akan ke Universiti Utara Malaysia , Kedah bagi menghadiri Bengkel Kemahiran Insaniah.


Insha Allah, input yang diperoleh selama menapak di sana akan ana kongsikan dengan sahabat -sahabat..Bukan sahabat sahaja tapi keluarga ana sekali terutamanya adik - adik ku.


Disertakan sekali tentatif program BKI.




Thursday, May 6, 2010

CUTI TAK MACAM CUTI

Rasa bersyukur kepada Allah s.w.t kerana masih diberi peluang merasa nikmat di dunia ini lagi. Lagi rasa seronok bila cuti semester ni dapat bersama - sama dengan orang yang tercinta. Of course lar my family, siblings n 'my heart'(buku lOr..).


Pada mulanya cuti semester ni ana dah susun segala perancangan yang akan dibuat untuk mengisi kekosongan masa yang ada. Alhamdulillah, hari tu sempat juga bercuti dengan sahabat - sahabat. Sambil tu dapat mentarbiah diri masing - masing selain  mengeratkan ukhuwah antara kami.


----------------------------------------------------------------
BELAJAR PUN BOLEH MENJANA DUIT


Sebelum ni, masa dekat fakulti ada tawaran MDEC, kursus 'mantapkan' lagi skill dalam bidang komputer. Kebetulan ana dah pernah ikut kursus nih. Rasa macam nak join tapi fikir dulu la...


Last minute, ana tanya member.Hm, depa memang minat tapi banyak songeh la pulak(he2...).Minta tolong kawan yang uruskan daftar nama kami seramai empat orang.Suka - suka je kita daftar last minute.


Selang beberapa hari, tanya kawan yang uruskan kursus nih dia kata tak pasti lagi kami boleh daftar ke tak.Aiyoo..So we all ambil keputtusan tak ambil kursus ni. Sebab tak disahihkan lagi.Banyak benda nak kena uruskan. Hostel lagi, balik kampus lagi dan macam - macam la.Bukan apa, ana kesian dekat kawan - kawan ana yang tinggal luar daerah Johor Bahru ni. Depa kena siapkan macam - macam hal lagi. Nanti kelam - kabut.


Tiba - tiba dapat panggilan masa tengah masyuk jalan - jalan di pagi yang indah. Rupanya pihak InfoTrek yang telefon bagitahu 'ana n the geng' telah dipilih untuk mengikuti kursus asp.net tu.Alhamdulillah, syukur..Ana kalau boleh nak masuk kursus ni sebab boleh asah bakat bagi tajam mana yang rasa - rasa sudah tumpul tuh.


Sambil belajar pun kita boleh menjana pendapatan tau!Tahu?Kursus ni ada sediakan elaun yang agak berbaloi.Kursus pun percuma dan diberi jurulatih yang berpengalaman pula tu.Bukan duit yang dikejar tapi ilmu.Duit itu pun bonus.
--------------------------------------------------------------
OH, MASYUKNYA CUTI NI..


Fuh, sedapnya menikmati cuti semester ni. Boleh topup pelbagai perkara yang tidak dapat dilaksanakan masa ada kuliah dulu.Contohnya membaca semua buku yang dibeli masa Pesta Buku Antarabangsa.'Sahabat' ana yang belikan.Syukran ya!


Masa cuti nilah ana boleh asah bakat di dapur.Siap la kamo kuali, periuk dan sebagainya!Tak lupa juga sudip kegemaranku..Haha..Macam - macam resepi dicubanya ana.


Ana bagi beberapa tip yang hendak dikongsi.Bila kita hendak memasak, pasang niat awal - awal. Ana selalu niat yang setiap masakan ana tu datangnya dari sumber yang bersih dan halal lagi baik.Biarlah kita memasak dengan penuh rasa kasih dan sayang(fUh~..cayalah).Betul!Bukan apa, kalau kita masak tak ikhlas dan dengan keadaan yang marah atau geram dan sebagainya, hasil daripada masakan kita tak seberapa.Cubalah.
Pernah terjadi pada ana dan ana akan rasa sedih kalau ana masak dalam keadaan yang tak baik.


Setiap kali nak masak, ana harap orang yang makan masakan ana rasa gembira.Tandanya mereka berselera.Hati pun seronok.Lepas ni nak cuba resepi baru pulak la.


------------------------------------------------------------------
KELAS DAH MULA


Hm, minggu ni kelas dah mula. Tiga hari yang pertama sangat menyeronokkan sebaba belajar 'softskill'. Akan tibalah waktu berperang di makmal yang kusam tu pada hari ini. Harapan ana sepanjang ana menimba ilmu moga dikuatkan ingatan agar dapat mengingati apa yang dipelajari sepanjang kursus ini. Nanti esok lusa boleh ajar pada sahabat - sahabat yang lain.


-----------------------------------------------------------------
Ok, got to go sebab pagi ini ada kelas.He..he..sempat lagi menaip.Ma'assalamah wa ilalliqa'.