Pages

Sunday, April 18, 2010

WISUDA DI JAKARTA

Salam jihad dan istiqamah


Alhamdulillah, mabruk ana ucapkan kepada akak ana yang baru sahaja menjadi graduan. Kalau di Malaysia kita panggil konvokesnyen tapi kalau di Indonesia dipanggilnya apa sih.Ngak tahu ana. Agak - agak sahajalah tu.



"Ala - ala anak ibu cayang.Meh sini ibu solekkan",kata ibu pada anaknya.(manjanye!)

Baru - baru ni pada 10 April 2010 yang lalu telah diadakan majlis konvokesyen di Jakarta Convensyen Centre. Kok, ibu bapak di jemput oleh Rektor Universita Trisakti, Indonesia untuk menghadiri majlis tersebut.

Hari Wisuda ini juga memberi ana satu inspirasi dan semangat untuk berjaya dalam akademik bahkan untuk menjadi seorang ikon pada adik - adik dan yang lain.yEah! Tak lupa juga ibu membeli jubah yang ana kirim sebagai cenderahati dari Indonesia. Jubah ni memang ana minat sebab simple dan manis dipakai sebagai busana Muslimah. Boleh jadi model mahasiswi kat kampus nanti.(=P)

Ni ada beberapa gambar yang adik ana sempat rakamkan.ok, semoga impian ana pun tercapai menjadi seperti akak ana ni.

Friday, April 16, 2010

Imtihan Habis Sudah....

Salam imtihan kepada sahabat - sahabat yang masih dalam situasi 'peperangan' untuk imtihan nihaie. Buatlah yang terbaik dan berusahalah dengan bersungguh - sungguh.

Hmm...entri kali ni saje nak nyibuk - nyibuk sebab dah habis exam. Alhamdulillah, syukur...

Dalam kita sibuk - sibuk exam nih, jangan lupa hubungan kita dengan Allah. Itu yang penting.


*Ni masa kat PSZ UTMIC, KL tengah main sekOdeng - sekOdeng.sekOdeng apa? Sekodeng buku la, dah jumpa pun.






Yeah! Memandangkan ana dah habis exam nih, kebetulan ayahanda tercinta telah memberi mandat pada ana dengan tanggungjawab yang wajib dipikul oleh ana setiap kali cuti semester.

Sebagai seorang wanita, of course la kena uruskan 'rumah & tangga' (istilah bagi yang belum berkahwin). Perkara paling best nak buat bila dah habis exam ialah memasak main
internet dan nak try jahit baju kurung(jahit baju antara MISI penting).

But, aktiviti yang paling penting antara yang terpenting:

> Membaca semua buku yang dibeli di Pesta Buku Antarabangsa 2010
> Target dapat menghafal surah - surah tertentu.
> Membuat nota untuk semester depan
> Serang rumah SIFU untuk menuntut ilmu : Kak Aini (ha...ni kena plan betul - betul..)
> Last but not least, TARBIAH diri (yEah!)

Ha, statement yang last sekali tu memang kena istiqamah sentiasa. Itu cabaran paling besar nak buat. Yela, bila dah duduk rumah ni lain. Tak sama bila duduk hOstel.

Semoga semuanya berjalan dengan baik. Ya Allah, permudahkan urusanku....

yEah!Khawla Azwar boleh..!!

p/s: cuti semester ni mahu sekOdeng aktivit student - student kat kampus.Check it out!

Wednesday, April 7, 2010

MPP IPT WAJIB KAJI BUKU MENAKHODA ZAMAN


TEMERLOH 6 April - Kementerian Pengajian Tinggi mewajibkan buku Menakhoda Zaman atau Helming the Times yang mengandungi ucapan penting Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai teks kajian pemimpin pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) di negara ini.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, pihaknya akan mengedarkan buku tersebut secara percuma kepada semua anggota Exco majlis perwakilan pelajar (MPP) membabitkan 20 IPTA dan 45 IPTS.

Tegas beliau, semua IPTA dan IPTS yang mengadakan konvensyen di peringkat universiti masing-masing diwajibkan menyediakan kertas kerja bagi mendiskusikan buku berkenaan.

''Siri ucapan Perdana Menteri itu mengandungi pandangan kritis, inovatif dan bersifat transformasi bagi mengangkat maruah, bangsa, agama dan negara.

''Buku ini ditulis dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris bagi memudahkan tatapan masyarakat antarabangsa," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada 11 Oktober lalu, Najib melancarkan buku dwibahasa Menakhoda Zaman dalam bahasa Melayu dan Helming the Times dalam bahasa Inggeris yang merupakan himpunan ucapan beliau yang diolah semula semasa menjadi Timbalan Presiden UMNO dari 2004 hingga 2009.

Saifuddin berkata, buku tersebut amat sesuai kepada penuntut universiti untuk mengkaji isi kandungan dan cetusan minda Perdana Menteri.

''Buku ini dianggap istimewa kepada generasi muda terutama mahasiswa untuk mengkaji dan menghayati idealisme Najib selaku pemimpin untuk memperkasakan politik Melayu yang ditunjangi UMNO yang menjadi teras pembangunan negara.

''Ia juga sangat sesuai menjadi bahan kajian pemimpin pelajar sebagai bakal pemimpin masa depan untuk menghadapi cabaran semasa dan strategi mengatasinya secara berkesan," katanya.

Sebelum ini, jelasnya, golongan pelajar sering disogokkan dengan buku-buku politik yang hanya bersandar kepada teori yang ditulis penulis luar berbanding buku Menakhoda Zaman yang dihasilkan daripada realiti semasa dan pengalaman Perdana Menteri sendiri.

Mengulas kandungan buku berkenaan, tambahnya, ia mengandungi 11 bab menyentuh pelbagai isu politik UMNO, ekonomi, agama Islam, jati diri dan minda Melayu, transformasi budaya serta strategi mewujudkan Melayu glokal.

Dalam perkembangan berkaitan, Saifuddin memberitahu, pihaknya bersetuju menukarkan status pinjaman pelajaran kerajaan kepada biasiswa kepada mahasiswa yang berjaya mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan akhir di universiti.

''Peraturan yang berkuat kuasa 1 Januari lalu itu akan memberi dorongan kepada mahasiswa IPTA dan IPTS di negara ini untuk belajar lebih gigih bagi meraih kejayaan cemerlang sambil membuang budaya cukup makan," katanya.

Sumber : Utusan Malaysia Online. 7 April 2010.