Pages

Wednesday, September 22, 2010

Kini "S" Kembali


   Assalamu’alaikum w.b.t.Salam dan selawat keatas Rasul junjungan Nabi Muhamad s.a.w. Alhamdulillah dengan penuh rasa nikmat dan syukur kerana kita masih lagi diberi kesempatan untuk menyambut bulan Syawal yang diraikan.

   Ramadhan kembali melabuhkan tirainya dan kini Syawal pula menjelma. Bulan Syawal merupakan bulan kemenangan (al- fath) setelah sebulan kita mengharungi badai demi menahan diri daripada lapar dan dahaga. Malah secara kkonseptualnya kita menahan diri daripada melakukan perkara – perkara maksiat dan lagha (sis- sia).

   Di Malaysia secara khususnya menyambut bulan Syawal dengan penuh meriah. Malah bulan Syawal bukan sahaja disambut oleh orang Muslim tetapi disambut jjuga oleh orang bukan Muslim. Tidak lengkap sekiranya Syawal disambut tanpa baju raya yang baru, kasut baru, perabot baru dan segala baru belaka. Bagi kanak – kanak, mereka akan merasai suasana hari raya Aidilfitri itu dengan pemeberian duit raya yang sudah menjadi adat dikalangan orang Melayu.

   Tidak mustahil jika ada diantara kita yang sanggup berbelanja lebih daripada kemampuan biasa demi membuat persiapan Aidilfitri. Tidak salah untuk berbelanja tetapi adalah dilarang dalam Islam untuk melakukan pembaziran. Membazir adalah perkara yang tidak disukai oleh Allah kerana menyerupai perbuatan syaitan. Berbelanjalah dengan berhemah agar tidak mendatangkan kemudaratan dikemudian hari. 

   Mengimbas kembali cara Nabi Muhamad s.a.w menyambut hari raya Aidilfitri . terdapat beberapa amalan yang dilakukan oleh Baginda. Antaranya ialah:

1.       Bertakbir pada 1 Syawal ketika terlihatnya hila(anak bulan) sehinggalah sampai kemuncaknya iaitu hari raya. Firman Allah bermaksud :


“Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.” (Al-Baqarah : 185)
2.       Lafaz ucapan Hari Raya Aidilfitri. Umat Islam di Malaysia akan mengucapkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Sebagaimana yang diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair ra dalam Kitab Fath Al-Bari :
 
3.       “Apabila para sahabat Rasulullah saw bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain ‘taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu).”

3.    Sunat mandi pagi Hari Raya. Adalah disunatkan untuk mandi pagi hari raya sebelum berangkat ke masjid menunaikan solat sunat.
 
4.    Solat Sunat Aidilfitri.Di antara syiar yang palin utama dalam menyambut Aidilfitri adalah perlakasanaan solat Aidilfitri sebanyak 2 rakaat oleh seluruh umat Islam. Ibn Abbas ra berkata :
 
“Rasulullah s.a.w telah keluar pada hari raya Aidilfitri kemudian terus mengerjakan solat hari raya 
sebanyak dua rakaat. Baginda tidak melakukan sebarang solat sebelumnya dan sesudahnya.” 
(Riwayat al-Bukhari)

Jika kita melakukannya kita akn mendapat pahala sunnah atau oahala menghidupkan amalan Baginda.Semoga kita tergolong dalam golongan tersebut.

p/s: Bilalah nak buat open house untuk sahabat - sahabat nih..hm..


Sunday, September 19, 2010

Hari ini Aku Menangis

Ya Allahu Ya Rabbi.Salam dan selawat keatas Rasul junjungan.Salam'alakum buat muslimin dan muslimat yang dikasihi sekalian.Alhamdulillah masih lagi ana mampu untuk gagahkan jari jemari ini untuk menulis blog lagi.

Syukur ke Hadrat Ilahi kerana pada bulan Syawal yang mulia ini dapat ana raikan bersama keluarga dan saudara mara yang tercinta. Masih lagi dalam suasana Aidilfitri, tidak puttus - putus rasanya menerima kunjungan daripada saudara mara yang dekat mahupun jauh.Syukran ana ucapkan juga pada sahabat andai yang sudi menziarahi ana sekeluarga. Dalam kita berseronok menikmati hari raya, jangan lupa akan saudara seIslam kita yang kesusahan.Doa adalah senjata.Sentiasalah berdoa untuk kesejahteraan mereka.Tidak lupa juga muhasabah diri sendiri.Untuk menghadapi hari - hari akan datang..Insha Allah.

Kisah bermula.............

********************************************

Aku melangkahkan kaki ke bilik air. Pili air dibuka untuk aku menadahkan tangan. Lafaz bismillah menjadi pembuka segala amalan yang aku mulakan. Rasa damai menggamit setiap anggota wudhu' ku. Usai saja berwudhu', aku menghamparkan tikar sejadah.Bersedia untuk menunaikan solat Zohor.

Hati aku tiba - tiba rasa sayu.Sayu yang amat sangat.Entah kenapa perasaan itu singgah dilubuk hatiku.Sebaik saja takbir diangkat, serta mata air mataku jatuh mengalir dengan derasnya.Ya Allah, aku berasa bersalah..
Ampunkanlah aku..

Usai solat, aku menadah tangan pada Yang Esa. DIAlah kekasihku ketika aku susah, senang.Tak kira ketika aku sedih, resah, takut kerana DIA sentiasa bersamaku. Aku tidak dapat menahan air mataku untuk berhenti.
Setiap butir air mataku yang jatuh itu ibarat setiap perlakuan yang aku lakukan sama ada yang baik atau buruk.Aku muhasabah semula apa yang selama ini telah aku lakukan.

Kadang - kadang aku tidak mampu untuk mengelak daripada keadaan.Hanya berbekalkan IMAN dan TAQWA sahaja merupakan perisai diriku.




Tiba - tiba aku terkenang akan ayah, ibu, akak, adik - beradikku yang lain. Rasa sayang yang amat akhir terlerai dengan dibuktikan aku menangis petang itu. Semoga Allah merahmati mereka. Sunyi rasanya hati ini bila semua meninggalkan aku sendirian.Kami berpisah sementara untuk berjuang bagi mencapai cita  - cita masing - masing.Insha Allah, moga kami semua menjado anak yang soleh dan solehah.Kau kabulkanlah doaku Ya Allah..

Ya Allah, semoga hatiku tenang menghadapi kehidupan ini.Tabahkanlah hatiku...ameen..

************************************************

p/s:semoga menjadi anak yang solehah dan pejuang sejati.

Saturday, September 4, 2010

Saujana nan Dihati


Assalamu'alaikum w.b.t kepada muslimin muslimat yang dirahmati Allah sekalian.Salam dan selawat keatas Rasul junjungan Nabi Muhamad s.a.w.

Syukur ke hadrat Ilahi masih lagi diberi peluang untuk menyambung nafas yang sentiasa mengalir mencari tempat hembusan. Sampai sudah di rumah sejak semalam secara rasmi.Ini dikira waktu yang terbaik buat ana bersama keluarga.kalau tak susah nak lekat kat rumah.

Semalam ana berkesempatan berbuka puasa di rumah Menteri Besar Johor, Dato' Abdul Ghani Othman bersama Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib bin Tun Razak di Saujana(nama kediaman beliau). Ada beberapa orang rakan yang mengikuti untuk berbuka puasa antaranya ialah Abang Zaki, Abang Ariff dan Asrol selaku anak Johor.Ana pun anak Johor juga.

 
Isteri kepada Menteri Besar Johor

Kami sampai saja di Saujana sudah masuk waktu Asar.Para hadirin solat secara berjemaah.Cantik rumah MB ye!Usai solat diadakan Majlis Khatam Al-Quran.Ana duduk bersama dengan makcik - makcik daripada Pasir Gudang.Nasib baik bawa tafsir, adalah juga benda yang nak dilakukan waktu lapang.

Baru ana perasan yang kebanyakan hadir adalah golongan veteran, makcik dan pakcik yang sudah berumur.Hehe..segan pun ada.Nak buat macam mana ek.

Selesai majlis khatam, kami dijemput ke tempat berbuka puasa.Antara menunya ialah bubur lambuk, kurma, puding, karipap dan air.Ana rasa bubur lambuk TSP lagi sedap.Bukan nak komen tapi dah rasanya camtu.
Macam -macam kerenah ana lihat telatah makcik - makcik nih.

Apa yang ana lihat, makcik-makcik makan dengan cepat supaya dapat 'tapau' makanan untuk dibawa balik.Boleh bawa makan untuk sahur bersama keluarga.Memang nampak baik niat tu tapi tak sopan pada ana.Seharusnya hormat dulu orang yang sedang makan atau menjamu selera dulu.Kemudian bila sudah makan nak ambil ke nak bungkus ke, bungkuslah banyak mana pun.  

 

Teringat ana akan pesanan daripada ustazah ana masa sekolah dulu.Ustazah pernah berpesan antara keberkatan dalam hidup lihat bagaimana hasil rezeki yang kita perolehi.Contohnya macam kes tadi yang ana cerita. Asalnya makanan yang disediakan adalah untuk para tetamu yang dijemput hadir ke majlis berbuka puasa tersebut. Seandainya ingin membawa balik makanan minta izin dulu tuan empunya diri.

Memang nampak macam kolot tapi kalau direnungkan balik itulah hakikatnya. Berkat tak makanan tu?Terpulang pada anda untuk menjawabnya.Semuanya terletak pada yang kuasa.Begitu juga bab solat.Usai makan sahaja ramai yang pulang.Dan jumlah makmum makin berkurang selepas solat Isyak.Hm..termasuklah diantara kami..Adus!

Muhasabah diri apa yang telah kita lakukan sepanjang hari.Tunjuklah contoh dan qudwah yang baik pada anak-anak.

p/s:Masakan dari ibu sentiasa dikenang kerna 'air tangan' ibu itu mengalir bersama dengan persaan kasih sayang.Lalu lihatlah kesannya pada anak-anak dan suami serta keluarga.=D

Friday, September 3, 2010

Kemenangan Bakal Menjelma

Astagfirullah hal'azim...Mengucap panjang ana.Banyak rasanya perkara lagha yang ana dah lakukan.Serta banyak perlakuan yang mungkin menyinggung perasaan sahabat - sahabat khususnya my family.Maaf dipinta daripada ana.

Kini kita berakhir di fasa terakhir Ramadhan.Alangkah indahnya siapa yang dapat mengecapi lailatul qadr itu.Mungkin ada kelebihan untuk mereka dan ada kekangan sesetengah daripadanya.Apa - apa pun doa sentiasa dipanjatkan agar sentiasa diterima dan diperkenan olehNya.

Acap kali kita asyik berfikir akan penghujung Ramadhan tanpa terdetik akan apa yang kita peroleh sepanjang bulan mulia ini.Aduhai manusia...!Sedarilah apa yang engkau fikirkan.Jadilah pemburu di fasa terakhir malam yang penuh bermakna.Renung kembali apa yang telah kita lakukan sepanjang syahru Ramadhan ini.

***************************************************


SUNYI TANPA DIA

Suasana di kampus kembali sepi.Maklumlah ramai student dah balik kampung.Berbalik kepada suasana pejabat MPMUTM.Hm..lagi sunyi tanpa DIA.Siapa DIA?hehehe..SAYAlah..
Tanpa saya suasana takkan ceria melainkan ada orang yang take part(perasan lOrh).

Semua orang balik kampung jauh.Tahun ni saya balik kampung dekat je.Sebabnya rumahku syurgaku dekat.Jimat minyak.Tahun depan akan merantau dan bakal merasai suasana balik kampung jauh - jauh.Rasanya macam nak naik bas, tak nak naik belOn!

Sepanjang ditaklif sebagai pimpinan, mungkin tanpa sedar saya telah melakukan kesalahan yang pelbagai.Jadi ingin memohon maaf kepada semua saf pimpinan MPM.Kepada MPM moga kepulangan anda  memberikan 1001 makna kepada keluarga dan berbaktilah kepada mereka walaupun sekejap.

Naik cuti nanti jemput datang rumah!

video

*********************************************

p/s: Hm,,walaupun rumah dekat ana jarang balik rumah.Sedih..

Sunday, August 29, 2010

IFTAR BUDI PENYAYANG

Assalamu'alaikum w.b.t. Rasa syukur yang teramat sangat masih lagi diberi kesempatan untuk meneruskan lagi hidup ini. Untung rasanya masih kerna masih lagi bertemu dengan 'tetamu' istimewa iaitu Ramadhan.Hai Ramadhan!

Sudah sekian lama ana tak update blog yang penuh dengan amarah. Nampaknya lama juga ya amarah ana nih. Ish2x, tak baik marah - marah.Sekadar perkongsian daripada ana unutk entri blog pada kali ini.

**********************************************
IFTAR YANG TAK JADI

Kalau baca tajuk atas tu sebenarnya nak dijadikan cerita kolej ana asalnya ingin membuat iftar kolej. Tapi apakan daya apabila kertas kerja yang dihantar telah ditolak oleh pengetua. Sedih campur terkilan sebab ajk pelaksana sudah bersedia untuk melaksanakan tanggungjawab masing - masing yang telah diberikan. Alasan yang diberikan kenapa program iftar tersebut ditolak kerana banyak sangat program yang dianjurkan oleh Biro Kerohanian dan Sahsiah. Aik?Itu pun nak berkira.

Bila difikirkan memang benar biro tersebut banyak menganjurkan program yang memberi manfaat kepada mahasiswa khususnya memandangkan tiada program yang dianjurkan oleh biro - biro jkm yang lain. Bila manusia ingin melakukan kebaikan banyak tentangan yang dihadapi.Pada pandangan ana tidak salah seandainya banyak program yang berunsurkan kerohanian dan pembentukan sahsiah. Dalam hal sebegini sepatutnya tiada had yang diberikan melainkan dah takde duit untuk peruntukkan program. Jangan fikir kepentingan diri tapi fikirkanlah untuk kepentingan sahsiah diri mahasiswa.Ok!

***********************************************
IFTAR YANG PENUH DENGAN BUDI & PENYAYANG

Pada 27hb Ogos Jumaat yang lalu bersamaan 17 Ramadhan, terik mentari masih lagi memancar walaupun jam menunjukkan hampir 5.30 petang. Suasanan kolej riuh rendah dengan suara nyaring dan girang daripada adik - adik yang didatangkan khas sebagai tetamu istimewa malam ni.

Tika itu aku bertemu dengan wakil Aman Palestin seperti waktu yang dijanjikan. Aku diminta untuk menjaga booth jualan amal Aman Palestin di kolej. Usai sudah urusan ku, aku meminta sahabatku untuk membantu mengangkat barang - barang jualan amal ke Pavilion, dewan mahsyar bagi rakyat kolej.

Tiba - tiba aku didatangi oleh wajah -wajah suci. Comel sunggguh, bisik hatiku. Siapa sangka anak - anak yatim inilah yang menghulurkan bantuan tanpa diminta.Walaupun tigkah laku mereka agak nakal dan lasak tetapi hati suci mereka yang tulus membuatkan aku tersentuh. "Kak, saya nak tolong angkat boleh?". Begitulah bunyinya pertolongan daripada adik - adik ni.Hm..kecil lagi sudah ditakdirkan anak yatim.Kasihan.


Dari kiri adik fadhilah, Izam dan Syukri.Syukran kerana membantu akak.Moga kalian jadi anak yang soleh.
***********************************************
BERHIBUR BERSAMA SANG "JUARA"

Majlis bermula pada jam 6.30 petang. Hampir semua warga  kolej turut hadir. Kelibat pembantu - pembantu felo juga kelihatan. Aku duduk bersama sahabat seperjuangan, Kak Fateha tetamu undangan yang aku jemput khas daripada pimpinan universiti(FuyyOo..). Melihat telatah adik - adik yang seronok apabila diberikan duit raya. Maklumlah, siapa yang tak syok bila dapat duit!

Usai berbuka puasa erta solat berjemaah, majlis diteruskan dengan menjamu makanan yang dihidangkan.Percuma lagi.Alhamdulillah, sudah rezeki.Pelbagai jenis hidangan yang disediakn oleh tukang masak handalan kolej iaitu Pak Mat(mungkin namanya, aku sudah lupa..ha3x..).

Sambil menikmati hidangan kami dihiburkan dengan persembahan nasyid daripada Ustaz Azhan yang merupakan mantan Juara Akademik Nasyid TV9.Bahagia aku melihat ustaz datang bersama isteri dan dua orang puterinya yang masih kecil. Isteri merupakan tunggak utama dalam kejayaan suami.

Sedang aku dan Kak Fateha menjamu selera, datang seorang adik yang aku kenali dengan nama Faiqa. Comel, berwajah bulat dan matanya




Adik Faiqa sangat mesra orangnya. Anak ini sungguh lincah pergerakkannya menurut pengamatanku. Kadang - kala tingkah lakunya mencuit hati kami.Aku tersentuh melihatnya apabila ditanyakan tentang soal keluarganya. Bilang Faiqa, semua yang menaiki van datang ke majlis ini adalah keluarganya apabila disoal dengan siapa Faiqa datang bersama.

Riak wajahnya agak berubah sedikit apabila soalan tersebut ku ajukan padanya. Mungkin aku silap dan sepatutnya tidak bertanyakan soalan tersebut.Tak lama kemudian Faiqa kembali riang.Kanak - kanak jangan ditanya soalan begitu bimbang akan menganggu emosi.

Kesempatan yang ada ini aku mengambil iktibar agar tidak melupakan mereka yang tidak beribu atau berbapa atau kedua - duanya. Muliakanlah anak yatim, janganlah sakiti mereka. Ingat bahawa Nabi Muhamad s.a.w juga merupakan anak yatim.

************************************************
Penceritaan tadi yang ana rasakan memberi iktibar dan muhasabah pada diri ana sendiri.Ilalliqa'..

p/s: Jauh merenung nasib sendiri...siapa aku???

Sunday, July 4, 2010

Aku,Amarah Dan Manusia Durjana...

Salam kasih dan sayang buat semua saudaraku (tak kira sesiapapun). Selamat berjuang buat mahasiswa baru di alam kampus dunia yang penuh dengan topeng lakonan.


Cerita baru dari qalbu.


MAAF, ZON AMARAH.AWAS!

Sudah lama, entah berapa purnama aku tidak mengemas kini blog yang kini dianggap usang.Mau ngambek, ngak bole kerana perlu bersabar.Cuti semester pada kali ini, masa aku banyak dihabiskan pada aktiviti kuliah dan kampus.Mau ngambek rasanya pada diri sendiri sebab rasa tak puas hati, mahu  meluangkan masa bersama usrati rasanya.


Kadang - kadang tu ada perasaan marah dalam hati, orang keliling tak berhati perut.Asyik diminta kerja sahaja disiapkan.Ingat aku ni ROBOT!!!(amaran pada yang berkenaan!). Aku dilahirkan sepatutnya berkhidmat padaNya dan agama. Bukan pada manusia durjana.Arghh!Persetankan semua tu.






Sabar tahap klimaks.Takpe, Insha Allah aku boleh bersabar. Mahukan agenda sendiri dilunaskan secepat mungkin. Benci mengikut telunjuk manusia yang belum tentu betul atau tidak.Pada iman dan taqwa sudah tentu belum utuh. Ada hati mahu ikut telunjuk durjana.SABAR..Akukan anak kepada namanya yang SABAR, sudah tentu aku boleh bersabar.Ya Allah, jadikan aku diantara hambaMu yang penyabar..


             Ketahuilah bahwa sabar, jika dipandang dalam permasalahan seseorang adalah ibarat       
             kepala dari suatu tubuh. Jika kepalanya hilang maka keseluruhan tubuh itu akan membusuk.      
            Sama halnya, jika kesabaran hilang, maka seluruh permasalahan akan rusak.
    Khalifah ‘Ali

Kesian bila tengok walidaini, sibuk - sibuk kerja pun boleh ada masa bersama usrati. Aku ni, rumah tu pun dah jadi macam hotel.Kejap ada, kejap tak ada.Sampai kesihatan diri pun tak terjaga. Aku orang yang kategori apa ek? Yang mencari keredhaan dunia atau akhirat?Hampeh!Aku mahu jadi seperti diriku yang mahu 'natural'. 
          
          Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia.
         Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati,
        tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara
      
       Saidina Abu Bakar As-Siddiq 


Masuk semester baru, pastinya manusia dengan angan - angan baru. Entah betul atau tidak, entah capai atau tidak. Semua itu bergantung pada diri, iman dan taqwa. Sejauh mana halangan yang dihadapi hambaNya, Insha Allah Dia akan menolong hamba - hambaNya andai tangan ini menadah keredhaan Ilahi dan bibir ini sentiasa bermadah bersama alunan zikir.


Semoga kalam aku padaMu tidak terhenti. Akanku rancakkan bibir ini mengadu padaMu serta ayat - ayat sucimu.Amiin...