Pages

Thursday, March 11, 2010

Selagi Hayat Dikandung Badan



Alhamdulillah, rasa syukur yang tidak terhingga kepadaNya kerana hingga kini ana masih diberi peluang untuk menghirup udara di bumi bertuah ini.

Hari ni genap umur ana 20 tahun (200 tahun 1 hari =p). Pejam celik rasa macam tak percaya pun ada sebab dah meninggalkan nombor 19 tu. Rasa cam berat jer.
Tapi rasa macam masa cepat sangat berlalu..Hm, masa nih,tak abes - abes nak cemburu kat ana.

Teringatkan kat ibu ana yang melahirkan ana. Tanpa ibu dan ayah, ana takde kat bumi nih. Pengorbanan yang ibu dan ayah lakukan untuk ana sepanjang ana hidup nih sangat besar hinggakan ana tak cukup jari nak hitung.

Dulu ana sangat nakal. Sampaikan ibu pun dulu tak larat camna nak 'control' kenakalan ana nih. Dulu ana selalu merajuk dan salahkan ibu ayah sebab ana je selalu kena marah. Mana taknya, budak nakal la katakan.

Ada hikmah disebalik amarah ibu dan ayah.Nasihat yang depa bagi tak sia - sia untuk ana. Kalau ana tak dimarah dan dinasihat, rasanya ana takkan berjaya sampai tahap nih.Syukran jazilan walidaini!

Sepanjang 20 tahun nih, banyak benda ana belajar daripada masa kecik sampailah masuk u. Lebih - lebih lagi kefahamn tentang Islam.Indahnya Islam nih! Rasa masyuk! Daripada seorang yang nakal tahap maksima sampailah jad seorang yang berguna. Dulu kita dipimpin, sekarang kita memimpin.

Semua itu ana belajar sepanjang bergelar 'manusia' dalam liku -lku kehidupan nih. Syukran jugak pada cikgu - cikgu yang banyak membimbing ana untuk menjadi seorang yang cekal dan pemimpin di masa akakn datang.

Syukran Jazilan jugak pada sahabatku yang senitasa bersama ketika ana susah dan dikala ana dalam keadaan senang.Moga ukhuwah yang terbina antara kita ini berkekalan hingga ke akhir hayat.

Syukran jugak pada teman - teman yang memberi ucapan sempen ulang tahun kelahiran ana.Moga kalian istiqamah dan thabat dalam apa jua perkara.Tak lupa juga family yang dikasihi.Indahnya hidup ini bersamamu(ibu ayah akk n adik2ku sayang)..

Insha Allah, kita dapat apa yang kita inginkan andai ada usaha.Luangkan masa yang ada denga perkara yang membawa manfaat selagi hayat dikandung badan..

p/s: hp bertalu2 dpt msj wish drpd akk syg n shbt2..hu~

0 comments:

Post a Comment