Pages

Monday, December 7, 2009

DAKWAHKU DI EEEP (1)






Salam mawardah wa rahmah...Sudah lama ana tak menjengah blog ana nih.Emm,banyak benda ana nak kongsi ngan sahabat-sahabat.Sememangnya, ana baru je tamat kursus Bahasa Inggeris.Lebih dikenali dengan Employment Enhanceability English Program (EEEP).




Pada mulanya, ana agak keberatan nak masuk program nih sebab perancangan ana yang sebenarnya nak cari tuisyen BI.Ana nak belajar BI ngan mana2 pensyarah yang bole ajar ana masa cuti sem ni.Tapi lain yang ana nak, lain yang ana dapat.Ana agak kecewa pada mulanya.Petang Khamis ana dapat call dari ayah, katanya esok ana kena pergi daftar dah.

Hari Jumaat.Pagi2 lagi dah ikut ayah ana pi opis.Nanti senang sekali jalan terus pi hantar ana.Kalau ikutkan syarat2 yang sebenar, kursus nih untuk peserta yang dah graduate dan yang xde kerja.Tapi, tu lah yang di katakan takdir di mana ana diletakkan bersama- sama mereka yang lebih tua dan matang pemikirannya (xsmua la..hehe). Dan ana nih suka mencari peluang yang ada.

Fisrt time ana sampai, rasa cam nak balik jer.Mana taknya, dah la datang sorang2.takde teman pulak tu.Rasa nak nangis.Huhu..Hidup kat sini mewah.Tinggal kat hotel tu.Selama sebulan, banyak duit kerajaan.Makan ditanggung.Dah check in, ayah ana ngan ana pi la bilik tempat ana menginap.Banyak2 peserta, ana ni kira paling bertuah sebab ana dapat bilik eksekutif. Kira paling top la.Bilik untuk peserta lain semuanya standard biasa.



Lepas ana hantar je barang, ana kena buat replacement-test untuk tengok tahap mana penguasaan bahasa inggeris kita ni.Ayah ana pun tak ketinggalan nak buat test tu.Hehe..Tak lama kemudian, ayah ana dah nak balik da. Ana rasa cam tak nak lepaskan ayah ana je, maklum la,,(dady's girl).Rasa nak nangis pun ada.Huhu~~Lepas salam ngan ayah, ana duduk kat pejabat tu sampai la di suruh balik.Jawab test pun penat sebab pakai otak.

Ana patut rasa syukur sebab datang kursus nih.Rasa ada hikmah."Aku rasa bersyukur segala yang Kau berikan , Ya Allah.."..Biasanya 1 bilik ada 3 orang.Ana dapat 2 orang senior sebilik ngan ana (maklumla peserta paling muda).Alhamdulillah, diorang layan ana ngan baik.Akak2 ni pun katanya baru jugak daftar masuk dua hari lebih awal daripada ana.Kira kami sama2 baru la.Baru je ana duduk 1 hari ngan akak2 nih, dah nak hilang kawan sebilik.Rupa2nya akak nih dah tak nak masuk kursus BI.Sebabnya tak dapat nak belajar lagi dah.Adus, takde kawan la ana jawabnya!Emmm, nak buat macam mana.


Hari Isnin merupakan hari bersejarah bagi ana kerana hari ni hari pertama ana masuk kelas.Masuk je kelas, ana nampak seorang wanita yang berbangsa India berdiri dihadapan kelas.Ceria sangat wajahnya sambut kedatangan ana dan beberapa orang lagi peserta yang baru sampai.Kelas ana ni dashat jugak.Mana taknya, untuk sesi pertama pengenalan diri kami disuruh menari.Adoi!!Ana tawakal je la.Lagu yang diputarkan bukan la lagu nasyid taw dondang sayang tapi lagu artis Barat macam Beyonce, Usher dan lain-lain.


Kebetulan waktu tu ada lima peserta baru masuk termasuk ana.Bila lagu dimainkan, bukan main ligat lagi diorang menari.Ana apa lagi, menari dalam hati la jawabnyer.Takkan la ana nak menari dengan busana muslimah yang nampak sopan lagi menawan ('',).Ana just petik jari pastu senyum2 je.

Ni merupakan cabaran pertama ana kat sini.Baru hari pertama, macam mana la hari2 berikutnya.Biasanya kelas kami mula pukul 9 pagi sampai la ukul 5 petang.Tiap-tiap malam ana di khabarkan akan ada Nite Performance bagi setiap group.Maknanya, masa tengah makan malam tu ada la persembahan daripada setiap kumpulan.Setiap kumpulan wajib ada persembahan.
Minggu pertama ni memang sangat letih.Mana taknya, kelas ana dikenali sebagai kelas yang banyak diberikan tugasan oleh tutor ana.Lupa pulak nak perkenalkan tutor ana, kami panggil Angie atau Angelina Jolie(sememangnya bukan nama betul).Ana sangat suka cara Angie ajar kami dalam kelas.Sangat berkesan.Walaupun dia bukan beragama Islam,tapi dia memahami tentang agama Islam dan menghormati.
Ana ada cite.Nak dengar x?Dengar ea..Tiap-tiap pagi, akan ada ahli kumpulan yang akan ambil peralatan macam radio, projector dll untuk set up sebelum kelas mula.Jadi, masa Angie nak on radio tiba-tiba ada siaran IKIM Fm.Lalu, berkumandanglah ayat-ayat suci Al-Quran dalam kelas.Kebetulan ada beberapa rakan kelas ana gelak ketawa bila siaran tu tengah on air.
Sebenarnya, Angie nak on mikrofon yang disambung kat radio.Lepas semua selesai, Angie pun bersuara,"Why are you laughing?You should respect your Holy word, right?Shame you know..".Bila ana dengar, memang ada betulnyer apa yang Angie kata.Kita sepatutnyna menghayati atau menghormati ayat-ayat suci Al-Quran.Bukannya jadi bahan ketawa.Orang yang bukan Islam boleh menghormati apatah lagi orang yang beragama Islam.Malu jugak la ana time tu.So, rakan ana yang ketawa tu kena tegur dengan rakan yang lain.Ingat, jadikan iktibar!
Hari-hari yang mendatang ana lalui dengan penuh tabah walaupun banyak tugasan diberikan.Ana ni kalau lalu kat mana2 mesti orang akan perhatikan.Bukan sebab ana ni Miss Universe atau selebriti terkenal.Tetapi orang lihat ana sebab pakaian.Pakaian yang ana pakai lain daripada mereka.Tudung labuh dan t-shirt muslimah yang ana gemar pakai diperhatikan.Maklumlah, kita ni dikira yang paling ganjil masa kursus tu.Tapi ana xjadika itu satu jurang untuk ana bersemuka dan bertegur sapa dengan mereka.
Ana ambil peluang nih untuk berdakwah dan islah pada mereka.Alhamdulillah, ramai akak kat sini bagi respon positif dan xpandang sebelah mata pada ana.Sayang ana adalah!Betul, ana xtipu.Akak2 ni siap panggil ana adik lagi.Ana dah biasa pegi mana2 program yang kebanyakkannya umur mereka lebih tua daripada ana.Jadi ana dah tak kekok nak hadapi situasi macam ni.Ana rasa seronok bila kawan dengan orang yang lebih tua daripada kita sebab ia mematangkan ana dan cara ana membuat kerja nampak matang.Terima kasih semua!
Akan bersambung...










0 comments:

Post a Comment