Pages

Sunday, December 20, 2009

Selamat berjuang di medan kampus!!!


Alhamdulillah, syukur rasanya diatas nikmat yang engkau berikan. Syukur tidak terhingga kerna hingga kini nafasku masih menghembus tiap detik. Jasad yang ku miliki hingga kini masih elok tiada cacat cela dan atau luka.Syukran jazilan segala-galanya , Ya Allah..

Pejam celik, pejm celik.Dah seminggu rupanya kuliah berlalu.Ana dah ada tugasan dah dari subjek Human Computer Interaction.Kawan -kawan ana waktu hari pertama kelas pun siap dah ada tugasan diberikan oleh lecturer.Waduh!Itulah dia perjalanan hidup sebagai seorang pelajar.Walaupun rasa awal diberikan tugasan, tapi janganlah delay masa tu ye..(he2..ana pun lum siap jugak!)

Rasa cemburu jugak sebab kawan-kawan dari IPTA lain belum mula lagi kuliah.Nama pun Universiti Tarbiah Malaysia, kena la awalkan waktu kuliah untuk tarbiah student2 nih
(ana sekali la..). Ana rasa semangat sangat (fuiyoo!) bila nak start kuliah. Ye la, mana taknya. Masa cuti semester ana dihabiskan dengan segala macam aktiviti yang berfaedah dan memberi kesan dalam diri ana nih.

Alhamdulillah, menurut perancangan ana bercadang nak ambil kelas tuisyen bahasa inggeris. Tapi dapat pulak masuk program yang rata2nya menggunakan bahasa inggeris setiap masa.Macam pi kuliah jugak la.Siap ada elaun lagi.Tapi bukan itu yang ana cari tapi ilmu. Akhirnya hajat ana dimakbulkan.

Lepas abes program tu, ana ada join satu program nih. Program yang ana idam2kan. Ana nak sangat pi program nih. Alhamdulillah, hajat ana ditunaikan dapat jugak pi program nih. Program nih banyak mentarbiah diri ana tentang segala aspek. Tambah seronok bila dapat jumpa sahabat2 ana yang lama ana dah xjumpa.Kangen sama kamu!

Ana ambil peluang nih tatap wajah2 yang ana sayang. Ana peluk depa kuat2!Bila jumpa depa, ana rasa semangat untuk teruskan perjuangan ana yang selama nih kabur. Ada satu wajah nih yang ana amati ana rasa nak nangis. Ana sayang sangat ukhti sorang nih walaupun hakikatnya ana sayang semua. Bila kitowang jumpa, ana peluk ukhti nih kuat2 (adoi,sakit la). Sayu hati, nak nangis pun ada. Memang nangis pun tapi dalam hati. Ana tak sanggup tengok orang yang ana sayang nampak ana nangis.Tu sebab ana xsuka nangis depan orang.

Ana rindu.Kalau ana ada masalah, ana selalu cerita kat ukhti kembar ana nih.Dia umpama akak, sahabat dan teman jihad ana. Ana teringat waktu kami duduk sama2. Ketawa sama2, nangis sama, makan sama2, minum sama2, cuma apa je ek yang xsama?Pikir la sendiri ea..Ukhti ni baik. Ana xpernah kecik hati kalau ukhti pernah sindir ana, marah ke tau pe2 yang membuatkan ukhti rasa tidak puas hati ngan ana. Sebab ana tahu itu untuk kebaikan ana.

Ana tahu yang ukhti jaga sangat2 ana nih. Ana nak ucapkan syukran jazilan atas segalanya. Ana nak mintak maaf kalau ana melukakan hati tulus ukhti. Waktu kami nak berpisah selepas selesai program, ana peluk kuat2 sambil nangis. Pesan ukhti, "Adik, jadilah sebagaimana mawar berduri. Jagalah maruah diri kita sebagai wanita. Akak sayang adik!.."Sedihnyer...Ana sayang Akak jugak!

Ana doakan semoga kalian menjadi para da'ie yang dapat menjalankan amanah dengan baik.Semoga kalian menjadi pemimpin Islam yang desegani yang memilikki sifat2 dan keperibadian yang mulia.Semoga Allah memberkati kalian!

Ana berharap dapat menempuhi liku2 perjalanan hidup di kampus ini dengan tabah, sabar dan sentiasa thabat dalam perjuangan.Ingatlah, jangan dikau rasa lemah, keseorangan dan berputus asa kerna Allah sentiasa ada disisi mu!!Takbir! Allahu Akbar..

p/s: harap kita dapat ketemu lagi

0 comments:

Post a Comment