Pages

Sunday, January 24, 2010

CIRI – CIRI PEMIMPIN YANG DIREDHAI



Pemimpin satu amanah dan bukannya tempat mencari kemuliaan kerana amanah ini akan ditanya di akhirat kelak. Realitinya hari ini pemimpin dipuji, diberi sambutan tepuk sorak. Siapa tidak ghairah dengan memasang angan –angan untuk menjadi pemimpin. Hinggakan ada yang berkata, “ Asyik diorang sahaja yang dapat, bila lagi giliran aku .”

Sejak beratus tahun lampau lagi Islam telah mencipta rekod kepimpinan yang pelbagai tidak kira di benua dan kota, terus melakarkan beberapa pra syarat agar pemimpin betul –betul ‘menjadi’ dan orang yang dipimpin menerima nikmat kepimpinan bukan hanya terpimpin selamat di dunia malah juga di akhirat.

Syarat yang pertama untuk pemimpin ialah IMAN. Dalam Surah Al –Kahfi, Allah menyatakan IMAN itu ada tiga implikasi iaitu imun, aman dan amin. Imun ertinya kebal daripada maksiat dan kebal daripada rasuah. Aman maknanya dia berasa aman bila bersama Allah, malah di depan orang dia baik , di belakang orang dia pun baik, bukanya hipokrit. Manakala amin ialah orang yang boleh dipercayai. Apabila sudah dipercayai barulah layak untuk menjadi pemimpin.

Syarat yang kedua ialah ilmu kepimpinan. Kepimpinan bukannya secara spontan atau pakai tangkap muat sahaja tetapi mesti ada ilmu. Makna kepimpinan ialah cara menggunakan pengaruh untuk mempengaruhi pengikut mencapai matlamat yang digarap. Jika tidak ada ilmu,sepak terajang dan kepemimpinan, nanti kita pula yang dipimpin.

Syarat ketiga ialah “selfleadership”. Bagaimana kita boleh memimpin orang lain kalau diri kita tidak terpimpin? Perkataan leader bermaksud tanggungjawab(as ma’uliyah). Sabda Rasulullah saw bermaksud :

“ Setiap kamu dalam pemimpin dan setiap kamu akan diminta pertanggungjawab berdasarkan apa yang kamu pimpin.”

Syarat ini menggambarkan orang yang memimpin itu bertanggungjawab terhadap diri sendiri. Ini bermakna pemimpin tidak cepat melemparkan tanggungjawab kepada orang lain, tidak cepat terpengaruh dengan akhbar yang tidak pasti. Jika dia melakukan kesilapan, diri sendiri menanggung risiko, bukannya mengkambing hitamkan orang lain demi kepentingan diri sendiri.

Syarat keempat ialah pemimpin memerlukan “The Power of Communication. Ketika berinteraksi dengan pengikut akan menghadapi pelbagai kerenah, keinginan dan tuntutan yang semestinya mampu menenangkan mereka walaupun hajat tidak tertunai, bukannya memutar belitkan.


********

Cara berkomunikasi ada empat:

1. 1. 1. Cakap mudah difahami , bahasa terang , arahan jelas tidak terbelit – belit
2. Kesamaan. Setiap orang mudah didampingi, tiada tembok pemisah atau teralu protokol.
3. Ikhlas. Walaupun ikhlas terletak di hati dan tidak nampak dengan mata namun ia dapat dirasai. Jika tidak ikhlas seakan ada satu gelombang yang akan mengganggu perasaan orang yang dipimpin. Kata – kata tidak tajam tidak masuk di hati.
4. “The Power of Service”. Cakap hanya perlu pada tempatnya tetapi bertindak semestinya lebih banyak. Allah memberikan kita dua telinga supaya kita banyak mendengar.Allah memberikan kita dua mata supaya kita banyak melihat dan mengamatinya, kemudian bertindak berasaskan kepada pendengaran dan pemerhatian.

***********

Rasanya elok juga disinggung sedikit perkara yang menambah komitmen moral seseorang pemimpin berasaskan kepada tafsir lima ayat daripada Surah Al – Muddassir :

1. 1. 1. Bangun dan beri peringatan. Pemimpin mempunyai kepedulian sosial yang tinggi. Sekiranya sekelilingnya terdapat perkara yang menyalahi kebenaran, dengan kuasanya dia akan meluruskannya.
2. Mesti membesarkan Allah. Pemimpin perlu sentiasa ke depan tetapi jangan mendahului Allah.
3. Bersihkan pakaian. Pakaian luar dan dalam iaiatu HATI biar turut bersih.
4. Tinggalkan dosa.
5. Janganlah memberi sesuatu kerana ingin mendapat yang lebih banyak malah kalau boleh jangan ingat bahawa kita pernah memberi kepada seseorang.

Dipetik daripada buku Imam Shahid Hasan Al – Banna, “ From Birth To Martyrdom”.

0 comments:

Post a Comment