Pages

Thursday, January 21, 2010

Bila Waktu Sudah Tiba ~ PRK


Salam mawaddah dan rahmah kepada sahabat2 yang dikasihi. Tak lupa juga salam sayang buat akak ana.Semoga akak istiqamah dalam apa jua perkara yang dilakukan.

Sebagaimana sahabat2 tahu, PRK (Pilihan Raya Kampus) bakal menjelang tiba tidak lama lagi. Apa lagi, mari kita ramai2 mengundi.

Sebelum tu, ana ingin jelaskan disini bahawa untuk memilih bakal MPP perlulah berdasarkan kepada criteria tertentu yang ada pada bakal MPP tersebut. Perlu dijelaskan disini tugas MPP (majlis Perwakilan Pelajar) sebagai wakil mahasiswa yang membawa suara – suara emas kepada pihak HEP itu sendiri.

Untuk menjadi seorang MPP bukannya mudah seperti yang disangka sebelum ini. Mahasiswa sekalian perlu ingat bahawa tujuan unutk menjadi MPP bukan untuk kita menjadi seorang bintang yang popular sebagaimana selebriti popular di tanah air ini. Kredibiliti itu sangat penting kerana ia merupakan elemen rasa hormat dan kepercayaan orang kepada seorang pemimpin.

Jika niat menjadi MPP adalah semata – mata kerana popular, ana nasihatkan anda tidak perlu bertanding. Mungkin teguran ini nampak agak kasar tapi itulah kebenarannya. So, for the others who are interested to be ‘MPP’, get on preparation.

Persediaan untuk menjadi bakal seorang MPP memerlukan skop yang meluas. Bakal pemimpin iaitu MPP yang merupakan wakil suara mahasiswa perlu bersedia sama ada dari aspek fizikal, mental, ruhiah dan mestilah membina al – fard (added value). Binalah kualiti dalam diri agar orang akan yakin dengan kepimpinan kita. Pengurusan masa juga sangat penting kerana ia melibatkan tahap disiplin pemimpin itu sendiri.

Tanamkan niat yang betul dalam qalbu apa tujuan sebenar untuk kita menjadi MPP ataupun pemimpin. Bila mana kita ditaklifkan maka pikullah amanah dan tanggungjawab itu dengan sebaik –baiknya. Orang akan menilai kita terutamanya dari segi akhlak. Pada pendapat ana, akhlak yang baik perlu ada dalam diri sebagai seorang pemimpin.

Jangan jadikan sesuatu tugasan atau tanggungjawab yang diberikan sebagai suatu bebanan. Anggaplah ia sebagai satu cabaran ataupun amanah besar yang telah dipertanggungjawabkan kepada pemimpin itu sendiri.

Harapan ana agar PRK pada kali ini bersih dan suci (hehe..) dan tidak berlaku hasad dengki antara satu sama lain semata – mata ingin meraih simpati pengundi. Kepada siapa yang terpilih dalam PRK pada kali ini, semoga kalian dapat jalankan tanggungjawab dengan baik.

Suka ingin ana ingatkan bahawa bersatulah hati – hati kalian yang bakal menjadi pemimpin supaya wujudnya suasana harmoni dan setiap gerak kerja yang dilakukan itu berjalan dengan lancar. Seperkara lagi, janganlah berasa diri kita sangat lemah andai kata kita dicaci atau dimaki kerana itulah asam garam kehidupan sebagai seorang pemimpin.

Asy – Syahid Imam Hasan Al – Banna pernah berkata:

“ Biar sahaja tingkah laku dan amalan kita yang menceritakan siapa kita. Tidak sama orang yang bercakap dengan orang yang beramal. Tidak sama orang yang beramal dengan orang yang berjihad. Dan tidak sama orang yang berjihad dengan orang berjihad dengan serius “

p/s : buat sahabt2 ana yang dah pun naik pimpinan, buatlah yang terbaik dan berjihadlah selagi jasad ini masih bernyawa.

0 comments:

Post a Comment