Pages

Thursday, February 18, 2010

SELANGKAH LAGI KE ALAM BAHAGIA



Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya dapat juga ana update blog nih. Maklumlah, setelah sekian lama sibuk dengan aktiviti di ‘U’ ni. Ana mohon kemaafan andai ada kesulitan pada sesiapa saja yg menjengah ke blog ana. Baru je ‘modified’, saje tukar angin.

Ada la sorang ukhti ni tanya (akk sayang!!), nape tukar warna hitam? Ha…nape ek? Warna Hitam ni pada ana menggambarkan seseorang tu penuh dengan rahsia. Maksudnya, banyak benda yang tersurat dan tersirat dalam hidupnya. Hm…,itu hanya pandangan ana saje.

Ok, sebenarnya ana nak cite nih. Cuti aritu ana bz jugak dengan majlis pertunangan yang berlangsung di Kepala Batas, Pulau Pinang. Bukan ana yang bertunang tapi mak menakan kesayangan ana yang bertunang, Maksu. Alhamdulillah, pasangan Maksu pun nampaknya daripada keluarga yang berbudi bahasa. Atok ana apa lagi, senyum lebar dari awal majlis sampai la tamat majlis tu. Hehe, bak kata Mak Njang senyum dapat bakal menantu tuh!

Ana kalo balik kampong, selalu kena ikut ‘bos’ (Mak menakan) kalo depa nak pi mana – mana. Dapat jugak belajar selok – belok kampong nih. Mana tau satu hari nanti kampong ana ni akan jadi ‘umah kedua ‘ bagi ana. Aik, cam ada makna jer…? Wait and see..

Cerita tentang majlis tunang Maksu, masa tengah tunggu rombongan pihak muslimin mai. Amboi, bukan main sejuk lagi tangan Maksu. Katanya gementar. Belum majlis akad nikah lagi Maksu.Sabar na.. Hari tu atok ada habaq sat kat sepupu masa tengah jaga kedai. Bunyinya lebih kurang camni la, ”nasib baik bakal menantu ni tak hisap rokok, senang sikit”.

Ha..tau dah! Tau apa? Ye la tau yang atok ana nih suka kalau dapat menantu yang tak merokok, silap hari bulan ramai pulak perokok pasif dalam umah. Pilihan atok kali ni memang mengena sebab bakal menantu atok sihat orangnya dan tak merokok. Tambah pulak bakal Paksu ni beragama orangnya. Alhamdulillah, mudahan –mudahan apa yang kami sekeluarga lihat dan nilai ni adalah benar. We’re don’t like people who just pretending to be ‘nice’ but in reality…oh!.

Aritu jugak atok ana wat majlis tahlil untuk arwah Tokwan yang disayangi. Pastu baru la majlis pertunangan Maksu. Masa bakal Mak mentua Maksu nak sarungkan cincin buat Maksu, sepupu sepapat pulun habis tangkap gambaq. Macam artis pun ada.

Lepas sarung cincin dan tangkap gambar, tetamu semua dijemput makan di khemah yang disediakan.

Ana rasa kagum bila ada semangat kejiranan dalam kawasan kg atok ni. Walaupun zaman dah berubah tapi ukhuwah masih mantap antara sesame jiran. Itu baru kg, belum yang duduk kat bandar. Macam mana la ek? Mesti suasananya lain. Tapi ana suka suasana kg nih. Depa orang kg nih semuanya mesra rakyat kalau jumpa sesiapa pun.

Berduyun –duyun depa mai nak tolong atok ana jayakan majlis pertunangan Maksu nih. Meriah abes. Tu belum masuk majlis kahwin. Lagi gamat la jawabnya!

Ana doakan semoga Maksu bahagia kini hingga akhir hayatnya. Semoga walimatus urus yang bakal berlangsung akhir tahun ini menjadi kenyataan dan berjalan dengan lancar. Andai ada kesulitan dalam kami merancang sesuatu, engkau permudahkanlah Ya Allah.

Apa – apa pun Maksu, walaupun sudah bergelar tunangan orang, manfaatkanlah masa yang ada nih untuk mempersiapkan diri sebagai seorang isteri dan juga sebagai seorang ibu(ne la tau dapat baby, he2..). Jaga diri , tingkah laku dan yang penting persiapkan mental , fizikal serta spiritual(rohaniah). Banyak – banyaklah berdoa semoga apa yang Maksu impikan akan tercapai. Ana taklah tero sangat bab- bab camni tapi nasihat yang berguna jer yang ana mampu berikan pada Maksu sayang.

Jadilah seperti ” Mawar Yang Berduri…”…sayang Maksu..!

0 comments:

Post a Comment