Pages

Thursday, February 18, 2010

CENDEKIAWAN ISLAM TERULUNG



Ahlan wa sahlan ke blog ana. Salam mawaddah wa rahmah untuk semua sahabat. Moga – moga hidup kita ini diberkatiNya. Entri kali ana nak cerita sikit tentang cendekiawan Islam yang terulung. Minat yang mendalam terhadap sejarah lebih – lebih lagi sejarah Islam membuatkan ana rasa terpanggil untuk menukilkan cerita tentang “ Al – Farabi “. Rasa tak banyak yang kisah tentang beliau yang dapat ana nukilkan. Tapi memadailah untuk kita mengetahui siapa dia walaupun sedikit. Ok !

Sahabat2 tahu siapa Al Farabi ni? Al – Farabi atau nama sebenar beliau ialah Abu Nasr al – Farabi. Beliau ni sangat terkenal di Barat sebagai Alpharabius yang merupaka seorang yang pakar dalam pelbagai bidang dan merupakan seorang saintis serta ahli falsafah agung di Iran dan dunia Islam pada zamannya.

Beliau yang lahir pada 872 Masihi juga merupakan seorang kosmologi (salah satu bidang falsafah yang mengkaji asal –usul, proses dan struktur alam semesta), logik, ahli muzik, psikologi dan sosiologi (kajian tentang perkembanga, organisasi dan kehidupan masyarakat).

Mengikut rekod terdahulu, tiada asal – usul atau susur-galur Al Farabi ni dicatatkan. Apa yang boleh dikenal pasti, Al- Farabi berpindah ke Baghdad pada tahun 901 bagi melanjutkkan pelajaran selepas tamat pendidikan awalnya di Farab dan Bukhara.

Selama 40 tahun beliau tinggal di Baghdad untuk mempelajari pelbagai jenis bahasa dan bidang ilmu disamping belajar dibawah seliaan Ibnu Haylan di Harran. Pada tahun 941, beliau telah berpindah dari Baghdad ke Aleppo dan mendapat sokongan daripada pemerintah Hamdanid di Syria iaitu Saif Ad-Daula.

Tibalah pada tarikh 14 Disember 950, beliau yang mengembara ke Kaherah, Mesir meninggal dunia di Damascus. Sumbangan Al – Farabi sangat besar dengan meninggalkan ‘harta’ iaitu ilmu. Farabi memberikan sumbangan kepada pelbagai bidang ilmu seperti logic, atematik, perubatan, muzik, falsafah, psikologi dan sosiologi.

Kalau sahabat2 nak tahu, Al – Farabi nih merupakan ahli logik Islam pertama yang membangunkan logic bukannya Aristotle dan membincangkan topik yang berkaitan hubungan antara logik dan nahu.

Selain itu beliau juga menulis buku mengenai sosiologi awal Muslim dan menulis buku mengenai muzik yang bertajuk Kitab Al – Musiqa (The Book Of Music). Menurut Syed Hossein Nasr dan Mehdi Aminrazi, buku berkenaan merupakan kajian teori muzik Iran pada zamannya manakala Barat memperkenalkan buku berkenaan sebagai buku muzik Arab.

Makalah Al – Farabi Meaning of The Intelect mengenai terapi muzik dimana beliau membincangkan mengenai kesan terapeutik muzik pada rohani.

Sebagai ahli falsafah , Al –Farabi merupakan pengasas sekolah falsafah Islam awal yang dikenali sebagai Farabism atau Al – Farabism.

Sekolah falsafah Al – Farabi memecahkan falsafah Plato dan Aristotle dan berubah daripada metafizik (iaitu ilmu pengetahuan mengenai segala yang di luar alam biasa dan tidak dapat dilihat ) kepada metodologi (system yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan sesuatu kegiatan ).Teologi Neoplatonic juga lebih daripada hanya metafizik kepada retorik.

Semasa usahanya berfikir mengenai alam semula jadi Fisrt Cause, Al –Farabi menemui had pengetahuan manusia. Beliau juga mempunyai pengaruh yang besar pada sains dan falsafah bagi beberapa abad dan diiktiraf sebagai Aristotle yang kedua dalam ilmu pengetahuan .

Selain itu, beliau juga dikenali kerana menjalankan kajian awal berkaitan dengan fizik Islam. Manakala dalam kajian termodinamik beliau telah menjalankan kajian pertama mengenai kewujudan hampagas.

Dalam bidang psikologi karya Al – Farabi , Social Psycology dan Model City merupakan yang pertama membincangkan tentang psikologi social.

Al -Farabi , Ibnu Sina dan Ibnu Rushdi lebih dikenali sebagai Peripatetics atau rasionalis dalam kalangan masyarakat Muslim.

p/s: masa kelas TITAS hari tu ustaz ada soal ttg tokoh2 Islam. Satu kelas xdapat jawab, semua diam.Ana sorang je jwb soalan ustaz. B-P

0 comments:

Post a Comment