Pages

Saturday, February 27, 2010

SUDAHKAH KITA..?


Salam buat semua saudaraku...

Rasanya belum terlambat lagi untuk ana mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul
Semoga dengan ulangtahun kelahiran Rasul junjungan dapatlah
kita menghayati sirah perjuangan baginda s.a.w

Nak cerita sikit...
Baru - baru ana ada join program ISLC'10
kat Sg. Rambai, Melaka untuk fasa 1
dan di Universiti Tarbiah Malaysia ('U' tercintaku..) untuk fasa 2
Lama berprogram diluar 'U', sampai tak taw apa dah jadi kat dalam 'U' nih..

Masa ari Jumaat..
Tarikh keramat 26hb Feb 2010..
Ana dah cakap awal2 kat kawan..
yang ana tak dapat pi closing ceremony esoknya..
pagi2 ana dah ready nak p klas pd tarikh tersebut

Tiba2 ibu tercinta telefon ana..
IBU : "Salam'alaikum, rini xpi DSI ker?"
ANA :"Rini ada kelas la ibu..dah lama tak pi kelas.."
IBU : "Bukan cuti ke?Eh, ngingau ker?"..
ANA :"ha...?Cuti??Cmna bole tak tau..Adus.."
hehe...malunyer kat ibu sendiri..

Bukan apa, ana semangat nak pi kelas pagi tuh..
Maklumlah dah lama tak pi kelas..
Sampai sambutan ulangtahun Nabi Muhammad s.a.w
pun bole lupa...

Sebenarnya ingat, tapi asyik dengan program..
lupa dah...
Tu lah manusia, asyik dengan sifat pelupa jek..
apalah ana nih...

Dalam kita bz2 dengan usrusan dunia..
Kita ingat bufday orang yang kita sayang..
Lagi2 'BOYFRIENDF' n 'GIRLFRIEND'...
Pergh,,mesti tak lupa nak wish..
Tapi Kalau ulangtahun Nabi Muhammad s.a.w..
sudahkah kita 'wish' padanya..?
mendoakan untuknya..?

Kita sambut bufday dengan nyanyian lagu
"Happy birthday to u..."
Tapi..
Sudahkah kita berselawat keatas Nabi Muhammad s.a.w..?

Kita ingat akan tarikh lahir
orang yang disayangi dan dicintai..
ingatkah kita pada
tarikh kelahiran Nabi Muhammad s.a.w..?

Semua kenangan bersama 2
dengan orang yang tercinta
sentiasa dalam ingatan..
Tapi..
Ingatkah kita pada
Sirah perjuangan Rasul Junjungan..?

Peringatan ini untuk sahabat2..
muslimin dan muslimat...
Dan juga untuk ana...
Sama2lah kita menghayati..
Sirah perjuangan Rasulullah s.a.w...

Semoga kita menagih kecintaan
Dan menadah kecintaan..
Kita pada Rasul yang tercinta..
Sebelum kalian mencintai
orang lain...


0 comments:

Post a Comment