Sunday, October 3, 2010
Wednesday, September 22, 2010
Kini "S" Kembali

Sunday, September 19, 2010
Hari ini Aku Menangis
Syukur ke Hadrat Ilahi kerana pada bulan Syawal yang mulia ini dapat ana raikan bersama keluarga dan saudara mara yang tercinta. Masih lagi dalam suasana Aidilfitri, tidak puttus - putus rasanya menerima kunjungan daripada saudara mara yang dekat mahupun jauh.Syukran ana ucapkan juga pada sahabat andai yang sudi menziarahi ana sekeluarga. Dalam kita berseronok menikmati hari raya, jangan lupa akan saudara seIslam kita yang kesusahan.Doa adalah senjata.Sentiasalah berdoa untuk kesejahteraan mereka.Tidak lupa juga muhasabah diri sendiri.Untuk menghadapi hari - hari akan datang..Insha Allah.
Kisah bermula.............
********************************************
Aku melangkahkan kaki ke bilik air. Pili air dibuka untuk aku menadahkan tangan. Lafaz bismillah menjadi pembuka segala amalan yang aku mulakan. Rasa damai menggamit setiap anggota wudhu' ku. Usai saja berwudhu', aku menghamparkan tikar sejadah.Bersedia untuk menunaikan solat Zohor.
Hati aku tiba - tiba rasa sayu.Sayu yang amat sangat.Entah kenapa perasaan itu singgah dilubuk hatiku.Sebaik saja takbir diangkat, serta mata air mataku jatuh mengalir dengan derasnya.Ya Allah, aku berasa bersalah..
Ampunkanlah aku..
Usai solat, aku menadah tangan pada Yang Esa. DIAlah kekasihku ketika aku susah, senang.Tak kira ketika aku sedih, resah, takut kerana DIA sentiasa bersamaku. Aku tidak dapat menahan air mataku untuk berhenti.
Setiap butir air mataku yang jatuh itu ibarat setiap perlakuan yang aku lakukan sama ada yang baik atau buruk.Aku muhasabah semula apa yang selama ini telah aku lakukan.
Kadang - kadang aku tidak mampu untuk mengelak daripada keadaan.Hanya berbekalkan IMAN dan TAQWA sahaja merupakan perisai diriku.
Ya Allah, semoga hatiku tenang menghadapi kehidupan ini.Tabahkanlah hatiku...ameen..
************************************************
p/s:semoga menjadi anak yang solehah dan pejuang sejati.

Saturday, September 4, 2010
Saujana nan Dihati
Assalamu'alaikum w.b.t kepada muslimin muslimat yang dirahmati Allah sekalian.Salam dan selawat keatas Rasul junjungan Nabi Muhamad s.a.w.
Syukur ke hadrat Ilahi masih lagi diberi peluang untuk menyambung nafas yang sentiasa mengalir mencari tempat hembusan. Sampai sudah di rumah sejak semalam secara rasmi.Ini dikira waktu yang terbaik buat ana bersama keluarga.kalau tak susah nak lekat kat rumah.
Semalam ana berkesempatan berbuka puasa di rumah Menteri Besar Johor, Dato' Abdul Ghani Othman bersama Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib bin Tun Razak di Saujana(nama kediaman beliau). Ada beberapa orang rakan yang mengikuti untuk berbuka puasa antaranya ialah Abang Zaki, Abang Ariff dan Asrol selaku anak Johor.Ana pun anak Johor juga.

Friday, September 3, 2010
Kemenangan Bakal Menjelma
Kini kita berakhir di fasa terakhir Ramadhan.Alangkah indahnya siapa yang dapat mengecapi lailatul qadr itu.Mungkin ada kelebihan untuk mereka dan ada kekangan sesetengah daripadanya.Apa - apa pun doa sentiasa dipanjatkan agar sentiasa diterima dan diperkenan olehNya.
Acap kali kita asyik berfikir akan penghujung Ramadhan tanpa terdetik akan apa yang kita peroleh sepanjang bulan mulia ini.Aduhai manusia...!Sedarilah apa yang engkau fikirkan.Jadilah pemburu di fasa terakhir malam yang penuh bermakna.Renung kembali apa yang telah kita lakukan sepanjang syahru Ramadhan ini.
***************************************************
SUNYI TANPA DIA
Suasana di kampus kembali sepi.Maklumlah ramai student dah balik kampung.Berbalik kepada suasana pejabat MPMUTM.Hm..lagi sunyi tanpa DIA.Siapa DIA?hehehe..SAYAlah..
Tanpa saya suasana takkan ceria melainkan ada orang yang take part(perasan lOrh).
Semua orang balik kampung jauh.Tahun ni saya balik kampung dekat je.Sebabnya rumahku syurgaku dekat.Jimat minyak.Tahun depan akan merantau dan bakal merasai suasana balik kampung jauh - jauh.Rasanya macam nak naik bas, tak nak naik belOn!
Sepanjang ditaklif sebagai pimpinan, mungkin tanpa sedar saya telah melakukan kesalahan yang pelbagai.Jadi ingin memohon maaf kepada semua saf pimpinan MPM.Kepada MPM moga kepulangan anda memberikan 1001 makna kepada keluarga dan berbaktilah kepada mereka walaupun sekejap.
Naik cuti nanti jemput datang rumah!
*********************************************
p/s: Hm,,walaupun rumah dekat ana jarang balik rumah.Sedih..

Sunday, August 29, 2010
IFTAR BUDI PENYAYANG
Sudah sekian lama ana tak update blog yang penuh dengan amarah. Nampaknya lama juga ya amarah ana nih. Ish2x, tak baik marah - marah.Sekadar perkongsian daripada ana unutk entri blog pada kali ini.
**********************************************
IFTAR YANG TAK JADI
Kalau baca tajuk atas tu sebenarnya nak dijadikan cerita kolej ana asalnya ingin membuat iftar kolej. Tapi apakan daya apabila kertas kerja yang dihantar telah ditolak oleh pengetua. Sedih campur terkilan sebab ajk pelaksana sudah bersedia untuk melaksanakan tanggungjawab masing - masing yang telah diberikan. Alasan yang diberikan kenapa program iftar tersebut ditolak kerana banyak sangat program yang dianjurkan oleh Biro Kerohanian dan Sahsiah. Aik?Itu pun nak berkira.
Bila difikirkan memang benar biro tersebut banyak menganjurkan program yang memberi manfaat kepada mahasiswa khususnya memandangkan tiada program yang dianjurkan oleh biro - biro jkm yang lain. Bila manusia ingin melakukan kebaikan banyak tentangan yang dihadapi.Pada pandangan ana tidak salah seandainya banyak program yang berunsurkan kerohanian dan pembentukan sahsiah. Dalam hal sebegini sepatutnya tiada had yang diberikan melainkan dah takde duit untuk peruntukkan program. Jangan fikir kepentingan diri tapi fikirkanlah untuk kepentingan sahsiah diri mahasiswa.Ok!
***********************************************
IFTAR YANG PENUH DENGAN BUDI & PENYAYANG
Pada 27hb Ogos Jumaat yang lalu bersamaan 17 Ramadhan, terik mentari masih lagi memancar walaupun jam menunjukkan hampir 5.30 petang. Suasanan kolej riuh rendah dengan suara nyaring dan girang daripada adik - adik yang didatangkan khas sebagai tetamu istimewa malam ni.
Tika itu aku bertemu dengan wakil Aman Palestin seperti waktu yang dijanjikan. Aku diminta untuk menjaga booth jualan amal Aman Palestin di kolej. Usai sudah urusan ku, aku meminta sahabatku untuk membantu mengangkat barang - barang jualan amal ke Pavilion, dewan mahsyar bagi rakyat kolej.
Tiba - tiba aku didatangi oleh wajah -wajah suci. Comel sunggguh, bisik hatiku. Siapa sangka anak - anak yatim inilah yang menghulurkan bantuan tanpa diminta.Walaupun tigkah laku mereka agak nakal dan lasak tetapi hati suci mereka yang tulus membuatkan aku tersentuh. "Kak, saya nak tolong angkat boleh?". Begitulah bunyinya pertolongan daripada adik - adik ni.Hm..kecil lagi sudah ditakdirkan anak yatim.Kasihan.
BERHIBUR BERSAMA SANG "JUARA"
Majlis bermula pada jam 6.30 petang. Hampir semua warga kolej turut hadir. Kelibat pembantu - pembantu felo juga kelihatan. Aku duduk bersama sahabat seperjuangan, Kak Fateha tetamu undangan yang aku jemput khas daripada pimpinan universiti(FuyyOo..). Melihat telatah adik - adik yang seronok apabila diberikan duit raya. Maklumlah, siapa yang tak syok bila dapat duit!
Usai berbuka puasa erta solat berjemaah, majlis diteruskan dengan menjamu makanan yang dihidangkan.Percuma lagi.Alhamdulillah, sudah rezeki.Pelbagai jenis hidangan yang disediakn oleh tukang masak handalan kolej iaitu Pak Mat(mungkin namanya, aku sudah lupa..ha3x..).
Sambil menikmati hidangan kami dihiburkan dengan persembahan nasyid daripada Ustaz Azhan yang merupakan mantan Juara Akademik Nasyid TV9.Bahagia aku melihat ustaz datang bersama isteri dan dua orang puterinya yang masih kecil. Isteri merupakan tunggak utama dalam kejayaan suami.
Sedang aku dan Kak Fateha menjamu selera, datang seorang adik yang aku kenali dengan nama Faiqa. Comel, berwajah bulat dan matanya
Adik Faiqa sangat mesra orangnya. Anak ini sungguh lincah pergerakkannya menurut pengamatanku. Kadang - kala tingkah lakunya mencuit hati kami.Aku tersentuh melihatnya apabila ditanyakan tentang soal keluarganya. Bilang Faiqa, semua yang menaiki van datang ke majlis ini adalah keluarganya apabila disoal dengan siapa Faiqa datang bersama.
Riak wajahnya agak berubah sedikit apabila soalan tersebut ku ajukan padanya. Mungkin aku silap dan sepatutnya tidak bertanyakan soalan tersebut.Tak lama kemudian Faiqa kembali riang.Kanak - kanak jangan ditanya soalan begitu bimbang akan menganggu emosi.
Kesempatan yang ada ini aku mengambil iktibar agar tidak melupakan mereka yang tidak beribu atau berbapa atau kedua - duanya. Muliakanlah anak yatim, janganlah sakiti mereka. Ingat bahawa Nabi Muhamad s.a.w juga merupakan anak yatim.
************************************************
Penceritaan tadi yang ana rasakan memberi iktibar dan muhasabah pada diri ana sendiri.Ilalliqa'..
p/s: Jauh merenung nasib sendiri...siapa aku???

Sunday, July 4, 2010
Aku,Amarah Dan Manusia Durjana...
Cerita baru dari qalbu.
MAAF, ZON AMARAH.AWAS!
Sudah lama, entah berapa purnama aku tidak mengemas kini blog yang kini dianggap usang.Mau ngambek, ngak bole kerana perlu bersabar.Cuti semester pada kali ini, masa aku banyak dihabiskan pada aktiviti kuliah dan kampus.Mau ngambek rasanya pada diri sendiri sebab rasa tak puas hati, mahu meluangkan masa bersama usrati rasanya.
Kadang - kadang tu ada perasaan marah dalam hati, orang keliling tak berhati perut.Asyik diminta kerja sahaja disiapkan.Ingat aku ni ROBOT!!!(amaran pada yang berkenaan!). Aku dilahirkan sepatutnya berkhidmat padaNya dan agama. Bukan pada manusia durjana.Arghh!Persetankan semua tu.
Sabar tahap klimaks.Takpe, Insha Allah aku boleh bersabar. Mahukan agenda sendiri dilunaskan secepat mungkin. Benci mengikut telunjuk manusia yang belum tentu betul atau tidak.Pada iman dan taqwa sudah tentu belum utuh. Ada hati mahu ikut telunjuk durjana.SABAR..Akukan anak kepada namanya yang SABAR, sudah tentu aku boleh bersabar.Ya Allah, jadikan aku diantara hambaMu yang penyabar..
Ketahuilah bahwa sabar, jika dipandang dalam permasalahan seseorang adalah ibarat
kepala dari suatu tubuh. Jika kepalanya hilang maka keseluruhan tubuh itu akan membusuk.
Sama halnya, jika kesabaran hilang, maka seluruh permasalahan akan rusak.
Khalifah ‘Ali
Kesian bila tengok walidaini, sibuk - sibuk kerja pun boleh ada masa bersama usrati. Aku ni, rumah tu pun dah jadi macam hotel.Kejap ada, kejap tak ada.Sampai kesihatan diri pun tak terjaga. Aku orang yang kategori apa ek? Yang mencari keredhaan dunia atau akhirat?Hampeh!Aku mahu jadi seperti diriku yang mahu 'natural'.
Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia.
Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati,
tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara
Saidina Abu Bakar As-Siddiq
Masuk semester baru, pastinya manusia dengan angan - angan baru. Entah betul atau tidak, entah capai atau tidak. Semua itu bergantung pada diri, iman dan taqwa. Sejauh mana halangan yang dihadapi hambaNya, Insha Allah Dia akan menolong hamba - hambaNya andai tangan ini menadah keredhaan Ilahi dan bibir ini sentiasa bermadah bersama alunan zikir.
Semoga kalam aku padaMu tidak terhenti. Akanku rancakkan bibir ini mengadu padaMu serta ayat - ayat sucimu.Amiin...

Aku rindu...

Friday, May 7, 2010
PEMERGIANKU KE BENGKEL KEMAHIRAN INSANIAH
Pada pagi yang hening dalam pejabat MPMUTM nih, sempat lagi jari - jemari ini pantas menaip kalam sebelum pergi meninggalkan bumi UTM nih. Jam 9.30 a.m, insha Allah ana dan beberapa orang lagi sahabat MPMUTM akan ke Universiti Utara Malaysia , Kedah bagi menghadiri Bengkel Kemahiran Insaniah.
Insha Allah, input yang diperoleh selama menapak di sana akan ana kongsikan dengan sahabat -sahabat..Bukan sahabat sahaja tapi keluarga ana sekali terutamanya adik - adik ku.
Disertakan sekali tentatif program BKI.

Thursday, May 6, 2010
CUTI TAK MACAM CUTI
Pada mulanya cuti semester ni ana dah susun segala perancangan yang akan dibuat untuk mengisi kekosongan masa yang ada. Alhamdulillah, hari tu sempat juga bercuti dengan sahabat - sahabat. Sambil tu dapat mentarbiah diri masing - masing selain mengeratkan ukhuwah antara kami.
----------------------------------------------------------------
BELAJAR PUN BOLEH MENJANA DUIT
Sebelum ni, masa dekat fakulti ada tawaran MDEC, kursus 'mantapkan' lagi skill dalam bidang komputer. Kebetulan ana dah pernah ikut kursus nih. Rasa macam nak join tapi fikir dulu la...
Last minute, ana tanya member.Hm, depa memang minat tapi banyak songeh la pulak(he2...).Minta tolong kawan yang uruskan daftar nama kami seramai empat orang.Suka - suka je kita daftar last minute.
Selang beberapa hari, tanya kawan yang uruskan kursus nih dia kata tak pasti lagi kami boleh daftar ke tak.Aiyoo..So we all ambil keputtusan tak ambil kursus ni. Sebab tak disahihkan lagi.Banyak benda nak kena uruskan. Hostel lagi, balik kampus lagi dan macam - macam la.Bukan apa, ana kesian dekat kawan - kawan ana yang tinggal luar daerah Johor Bahru ni. Depa kena siapkan macam - macam hal lagi. Nanti kelam - kabut.
Tiba - tiba dapat panggilan masa tengah masyuk jalan - jalan di pagi yang indah. Rupanya pihak InfoTrek yang telefon bagitahu 'ana n the geng' telah dipilih untuk mengikuti kursus asp.net tu.Alhamdulillah, syukur..Ana kalau boleh nak masuk kursus ni sebab boleh asah bakat bagi tajam mana yang rasa - rasa sudah tumpul tuh.
Sambil belajar pun kita boleh menjana pendapatan tau!Tahu?Kursus ni ada sediakan elaun yang agak berbaloi.Kursus pun percuma dan diberi jurulatih yang berpengalaman pula tu.Bukan duit yang dikejar tapi ilmu.Duit itu pun bonus.
--------------------------------------------------------------
OH, MASYUKNYA CUTI NI..
Fuh, sedapnya menikmati cuti semester ni. Boleh topup pelbagai perkara yang tidak dapat dilaksanakan masa ada kuliah dulu.Contohnya membaca semua buku yang dibeli masa Pesta Buku Antarabangsa.'Sahabat' ana yang belikan.Syukran ya!
Masa cuti nilah ana boleh asah bakat di dapur.Siap la kamo kuali, periuk dan sebagainya!Tak lupa juga sudip kegemaranku..Haha..Macam - macam resepi dicubanya ana.
Ana bagi beberapa tip yang hendak dikongsi.Bila kita hendak memasak, pasang niat awal - awal. Ana selalu niat yang setiap masakan ana tu datangnya dari sumber yang bersih dan halal lagi baik.Biarlah kita memasak dengan penuh rasa kasih dan sayang(fUh~..cayalah).Betul!Bukan apa, kalau kita masak tak ikhlas dan dengan keadaan yang marah atau geram dan sebagainya, hasil daripada masakan kita tak seberapa.Cubalah.
Pernah terjadi pada ana dan ana akan rasa sedih kalau ana masak dalam keadaan yang tak baik.
Setiap kali nak masak, ana harap orang yang makan masakan ana rasa gembira.Tandanya mereka berselera.Hati pun seronok.Lepas ni nak cuba resepi baru pulak la.
------------------------------------------------------------------
KELAS DAH MULA
Hm, minggu ni kelas dah mula. Tiga hari yang pertama sangat menyeronokkan sebaba belajar 'softskill'. Akan tibalah waktu berperang di makmal yang kusam tu pada hari ini. Harapan ana sepanjang ana menimba ilmu moga dikuatkan ingatan agar dapat mengingati apa yang dipelajari sepanjang kursus ini. Nanti esok lusa boleh ajar pada sahabat - sahabat yang lain.
-----------------------------------------------------------------
Ok, got to go sebab pagi ini ada kelas.He..he..sempat lagi menaip.Ma'assalamah wa ilalliqa'.

Sunday, April 18, 2010
WISUDA DI JAKARTA
Alhamdulillah, mabruk ana ucapkan kepada akak ana yang baru sahaja menjadi graduan. Kalau di Malaysia kita panggil konvokesnyen tapi kalau di Indonesia dipanggilnya apa sih.Ngak tahu ana. Agak - agak sahajalah tu.
Baru - baru ni pada 10 April 2010 yang lalu telah diadakan majlis konvokesyen di Jakarta Convensyen Centre. Kok, ibu bapak di jemput oleh Rektor Universita Trisakti, Indonesia untuk menghadiri majlis tersebut.
Hari Wisuda ini juga memberi ana satu inspirasi dan semangat untuk berjaya dalam akademik bahkan untuk menjadi seorang ikon pada adik - adik dan yang lain.yEah! Tak lupa juga ibu membeli jubah yang ana kirim sebagai cenderahati dari Indonesia. Jubah ni memang ana minat sebab simple dan manis dipakai sebagai busana Muslimah. Boleh jadi model mahasiswi kat kampus nanti.(=P)
Ni ada beberapa gambar yang adik ana sempat rakamkan.ok, semoga impian ana pun tercapai menjadi seperti akak ana ni.

Friday, April 16, 2010
Imtihan Habis Sudah....

Wednesday, April 7, 2010
MPP IPT WAJIB KAJI BUKU MENAKHODA ZAMAN
TEMERLOH 6 April - Kementerian Pengajian Tinggi mewajibkan buku Menakhoda Zaman atau Helming the Times yang mengandungi ucapan penting Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai teks kajian pemimpin pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) di negara ini.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, pihaknya akan mengedarkan buku tersebut secara percuma kepada semua anggota Exco majlis perwakilan pelajar (MPP) membabitkan 20 IPTA dan 45 IPTS.
Tegas beliau, semua IPTA dan IPTS yang mengadakan konvensyen di peringkat universiti masing-masing diwajibkan menyediakan kertas kerja bagi mendiskusikan buku berkenaan.
''Siri ucapan Perdana Menteri itu mengandungi pandangan kritis, inovatif dan bersifat transformasi bagi mengangkat maruah, bangsa, agama dan negara.
''Buku ini ditulis dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris bagi memudahkan tatapan masyarakat antarabangsa," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Pada 11 Oktober lalu, Najib melancarkan buku dwibahasa Menakhoda Zaman dalam bahasa Melayu dan Helming the Times dalam bahasa Inggeris yang merupakan himpunan ucapan beliau yang diolah semula semasa menjadi Timbalan Presiden UMNO dari 2004 hingga 2009.
Saifuddin berkata, buku tersebut amat sesuai kepada penuntut universiti untuk mengkaji isi kandungan dan cetusan minda Perdana Menteri.
''Buku ini dianggap istimewa kepada generasi muda terutama mahasiswa untuk mengkaji dan menghayati idealisme Najib selaku pemimpin untuk memperkasakan politik Melayu yang ditunjangi UMNO yang menjadi teras pembangunan negara.
''Ia juga sangat sesuai menjadi bahan kajian pemimpin pelajar sebagai bakal pemimpin masa depan untuk menghadapi cabaran semasa dan strategi mengatasinya secara berkesan," katanya.
Sebelum ini, jelasnya, golongan pelajar sering disogokkan dengan buku-buku politik yang hanya bersandar kepada teori yang ditulis penulis luar berbanding buku Menakhoda Zaman yang dihasilkan daripada realiti semasa dan pengalaman Perdana Menteri sendiri.
Mengulas kandungan buku berkenaan, tambahnya, ia mengandungi 11 bab menyentuh pelbagai isu politik UMNO, ekonomi, agama Islam, jati diri dan minda Melayu, transformasi budaya serta strategi mewujudkan Melayu glokal.
Dalam perkembangan berkaitan, Saifuddin memberitahu, pihaknya bersetuju menukarkan status pinjaman pelajaran kerajaan kepada biasiswa kepada mahasiswa yang berjaya mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan akhir di universiti.
''Peraturan yang berkuat kuasa 1 Januari lalu itu akan memberi dorongan kepada mahasiswa IPTA dan IPTS di negara ini untuk belajar lebih gigih bagi meraih kejayaan cemerlang sambil membuang budaya cukup makan," katanya.
Sumber : Utusan Malaysia Online. 7 April 2010.

Tuesday, March 30, 2010
Puisi Dari 'TEMAN'

Open Ur Eyes

Monday, March 29, 2010
PERISTIWA ITU...
